Malaysia Dateline

Ahli Pas yang banyak berkorban, kini didakwa ‘tahi hidung masin’

Serangan Pengarah Pilihan Raya Pas, Datuk Seri Sanusi Mohamad Nor bahawa ahli parti Islam itu kedekut, tahi hidung masin mengecewakan mereka.

Ini kerana, bagi mereka, ahli Pas yang banyak berkorban selama ini tanpa mengira duit atau tenaga bukannya yang berebut-rebut di pejabat-pejabat Pas untuk meminta duit selepas mengundi.

“Bila orang “bodoh” bercakap.

“Dia tak tahu yang kebanyakan minta duit tambang tu bukannya “ahli Pas”.

“Boleh jadi ahli Umno, atas pagar, atau Bersatu.

“Ahli Pas tak pernah diajar untuk meminta duit. Kena korbankan duit lagi ada,” kata salah seorang dari mereka mengulas kenyataan Sanusi.

Dalam ceramahnya bagi menyokong calon PN di Padang Serai, Menteri Besar Kedah itu menghamburkan kemarahan beliau kepada ahli dan penyokong Pas.

“Pengundi PH tidak pernah minta walau pun 10 sen, sanggup berhabis puluhan ribu ringgit untuk pulang dari luar negara.

“Undi kita penting, jangan berkira duit minyak RM50, RM100 atau RM200 (kerana) yang lawan kita balik dari Taiwan, China, Singapura, Amerika Syarikat dan Australia, duit tambang sekupang pun tak minta.

“Kita bodoh, ligan (kejar) wakil rakyat minta RM50, tak bagi (ugut) tak mau balik dah. Hang bodoh, negeri ini orang nak amik dah.

“Kita ini bangsa berkira, tahi hidung masin’, marah Sanusi pada penyokong parti itu.

Bagi penyokong PH pula, mereka membuat lima kesimpulan terhadap kenyataan Sanusi itu

  • Penyokong Pas/PN bodoh;
  • Pas gagal melahirkan penyokong yang ikhlas;
  • Pas melahirkan penyokong mata duitan;
  • Pas telah terjerat dengan UMPAN DUIT yang di cipta PN untuk mendapatkan undi; DAN
  • PH berjaya mendidik masyarakat mengundi demi masa depan negara bukan kerana DUIT.

BACA JUGA Presiden Pas diminta hadir ke Balai Polis Sentul petang ini