Ahli perniagaan perlu ambil tanggungjawab bersama bela nasib veteran, kata Mohamad

Ahli perniagaan perlu ambil tanggungjawab bersama bela nasib veteran, kata Mohamad

Ahli perniagaan perlu mengambil tanggungjawab bersama dengan kementerian
Pertahanan dan Persatuan Veteran untuk membela nasib veteran di negara ini.

Menteri Pertahanan Mohamad Sabu berkata, usahawan tempatan yang berjaya di negara ini disebabkan keamanan yang di nikmati hasil daripada pengorbanan veteran tentera sejak enam dekad lalu negara mengecapi kemerdekaan.

” Saya menyeru supaya tanggungjwab membela kebajikan veteran tentera bukan hanya diterima daripada derma dikalangan yang terlibat dengna kontrak (perniagaan)
dengan Mindef (Kementerian Pertahanan) sahaja.

“Sepatutnya semua rakyat Malaysia dan dikalangan peniaga di negara ini dengan membuat keuntungan dalam perniagaan  mereka  kerana Malaysia sebuah negara aman dan tenteram,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan sempena Majlis Penganugerahan Pingat Jasa Malaysia Veteran Tentera Batalion ke22 Rejimen Askar Melayu Diraja hari ini di Dewan Auditorium Muzium Angkatan Tentera Darat, Port Dickson hari ini.

Seramai 110 penerima pingat dikalangan veteran yang pernah berkhidmat di 22 RAMD
dan 9 daripadanya diwakili oleh balu veteran.

Mereka yang menerima pinggat ini dikalangan pasukan atau formasi ATM bagi tempoh 1 Januari 1969 sehingga 2 Disember 1989 bagi operasi menentang Parti Komunis Malaya (PKM); pasukan atua formasi ATM bagi tempoh 1 Januari 1969 sehingga 17 Oktober 1990 bagi Operasi menentang Parti Komunis Kalimantan Utara (PKKU) atau dikalangan tentera yang terkorban, cedera dan hilang upaya kekal disebabkan tugas menentang PKM dan PKKU bagi tempoh 1 Januari 1969 sehingga 17 Oktober 1990.

Turut hadir Mejar Jen Datuk Mohamad Khir Abdullah, Ketua Pengarah JHEV, Pegawai Kanan Tenteradan Awam Kementerian Pertahanan serta Yang Dipertua Persatuan terlibat.

Calon Pilihan  Raya Kecil (PRK) Port Dickson yang juga Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim turut hadir di majlis sama hari ini.

Mohamad Sabu menyampaikan Pingat Jasa Malaysia (JPM) kepada salah seorang penerima pada Majlis Penganugerahan pingat JPM kepada veteran ATM.

Pengorbanan tidak dinilai dengan pingat, wang

Mohamad yang juga Presiden AMANAH berkata, jasa dan pengorbanan veteran tentera tidak cukup dengan menerima anugerahkan pingat dan wang semata-mata.

“Memberi pingat hanya penghargaan zahiriah tetapi pengorbanan dilakukan isteri
perajurit dan balu veteran tidak dapat dinilai dengan pingat dan wang
ringgitditerima mereka.

“Menjadi tanggung jawab menjaga kebajikan dan mencari mana-mana kelemahan untuk kementerian perbaiki untuk membel nasib anggota veteran dan perajurit di negara ini,” ujarnya.

Beliau berkata buat masa ini kementerian pertahanan melalui lawatan timbalan
meneri pertanahan ke Australia baru-baru ini telah mengenalpasti beberapa cara
bagi meningkatkan kebajikan di kalangan veteran ATM.

“Kita akan belajar dan saya yakin kebajikan akan dipertingkatkan dengan
peningkatan pendapatan negara kelak, kita cuba susun semula supaya Malaysia
cemerlang dan kebajikan veteran terus terpelihara,” ujarnya.

 

9.5
OVERALL SCORE
: 10.0
1 user vote x 9.0
CATEGORIES
TAGS