Ahli Umno Pahang dikerah sambut Najib

Ahli Umno Pahang dikerah sambut Najib

Ahli-ahli Umno negeri Pahang dikerah menyambut Perdana Menteri dalam lawatan kerja Datuk Seri Najib Razak ke negeri itu yang dijadualkan esok.

Mesej yang tersebar di media sosial sejak tiga hari lalu.Menurut mesej yang tersebar di media sosial sejak kelmarin, seluruh Umno bahagian di negeri itu diminta menghantar wakil ke ‘himpunan solidariti bagi sambutan ketibaan YAB Perdana Menteri Malaysia’ pada jam 9.00 pagi di Lapangan Terbang TUDM Kuantan.

Setiap 14 Umno bahagian diminta menghantar bilangan peserta dengan 80 orang untuk Umno Bahagian Cameron Highland, Lipis, Raub, Jerantut dan Bentong manakala Umno Bahagian Maran, Kuala Krau, Temerloh, Bera dan Rompin (360 orang).

Umno Bahagian Indera Mahkota, Kuantan, Paya Besar dan Pekan pula diarah menghantar 800 orang peserta dengan sembilan buah bas.

Segala kos pengangkutan dan saguhati peserta berjumlah RM50 seorang dibiayai sepenuhnya Umno Pahang dan para peserta digalakkan memakai baju korporat Umno atau baju-T berwarna merah.

“Untuk makluman sekiranya terdapat Bahagian (Umno) yang tidak dapat menghantar peserta yang ditetapkan, sila maklumkan kepada Urusetia Umno Pahang dengan kadar segera,” pesanan itu dipetik.

TAGS