Ahmad Awang hadiri Muktamar Tahunan Ulama Islam Sedunia

Ahmad  Awang hadiri Muktamar Tahunan Ulama Islam Sedunia

Penasihat Umum Parti Amanah Negara, Datuk Seri Ahmad Awang menyertai kira-kira 1,500 ahli Kesatuan Ulama Sedunia (International Union of Muslim Scholars – IUMS) di Istanbul, Turki.

Muktamar Tahunan Ulama Islam Sedunia kali ke-5 itu diadakan di Hotel Grand Cavahir Istanbul bermula 3 hingga 9 November ini.

Penasihat AMANAH itu terpaksa hadir lewat kerana perlu menghadiri Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ke-62 di Istana Iskandariah kelmarin.

Menurut kenyataan di laman facebook beliau, antara agenda utama kali ini adalah pemilihan barisan kepimpinan yang baharu dalam IUMS.

Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang antara pemimpin ulama dari Malaysia yang diangkat menjadi Naib Presiden IUMS hingga kini.

Katanya, dalam ucapan terakhir Sheikh Yusuf al-Qardhawi kepada IUMS dan umat Islam seluruhnya, beliau menyeru agar umat Islam bersatu dan menggembleng tenaga untuk sekali lagi menjadikan Turki sebagai pusat kekuasaan dunia Islam.

“Ali Erbaş, ketua pentadbiran badan agama Islam Turki (Diyanet İşleri Başkanlığı – DİB) menyeru agar umat Islam bekerjasama untuk membina masa depan yang lebih baik melalui pendekatan yang realistik, konstruktif dan holistik serta meyakinkan,” ujar Ahmad lagi.

IUMS diasaskan ulamak kontemporari Yusu al-Qardwi pada 2004 dan kini ia berpusat di Doha, Qatar.

Turut hadir untuk pembukaan majlis mewakili Malaysia adalah  Timbalan Penasihat Umum Parti Amanah Negara Ustaz Abdul Ghani Samsudin, . Sebaris dengan beliau adalah Dr Ali Muhiuddin Al-Qurra Daghi, Setiausaha Agung IUMS sekarang. Beliau dikatakan akan diangkat sebagai pengerusi IUMS yang baharu untuk menggantikan Dr Yusuf al-Qaradawi.

 

 

COMMENTS