Ahmad Dusuki samakan penganut Islam PH dengan musyrikin?

Ahmad Dusuki samakan penganut Islam PH dengan musyrikin?

Pengarah Komunikasi AMANAH Kedah, Ustaz Ridzwan Abu Bakar berpendapat Ahli Perhubungan Pas Selangor, Ahmad Dusuki Abd Rani telah menyamakan ramai orang Islam dalam Pakatan Harapan (PH) dengan golongan musyrikin ekoran doa pada program Pas di Shah Alam semalam.

Menurutnya, Ahmad Dusuki menyamakan AMANAH dan PH dengan rangkaian ahzab atas fahaman “selain dari kita adalah Iblis, yang suci hanyalah kita”.

“Mereka mungkin tidak katakan ungkapan ini, namun itulah sikap yang ditunjukkan. Ahzab adalah gabungan para musyrikin.

“Apabila Dusuki mengambarkan PH adalah gerombolan Ahzab, maka implikasinya Dusuki telah menyamakan ramai penganut Islam dalam PH dengan musyrikin.

“Apakah itu yang dimaksudkan oleh Dusuki?” soal Ustaz Ridzwan dipetik daripada status Facebook beliau hari ini.

Beliau menyifatkan sikap dan pendirian Pas terhadap AMANAH pada ketika ini sebagai melatari doa yang dibacakan sempena sambutan 10 tahun Pas berada dalam kerajaan negeri Selangor itu.

“AMANAH (atau disebutkan sebagai PAN oleh Pas) digambarkan sebagai ‘musuh Islam’, ‘liberal’, ‘kuda tunggangan DAP’ dan pelbagai lagi ‘persepsi’ yang dibina di kalangan ahli Pas.

“Dan sudah tentu terlalu mudah untuk Dusuki dan kawan kawannya untuk meng’ahzab’kan AMANAH dan Pakatan Harapan,” hujahnya.

Sehubungan itu, Ustaz Ridzwan mengingatkan doa yang merupakan ibadah ada ketikanya boleh bertukar menjadi maksiat.

“Doa ‘kemusnahan’ terhadap pihak lain selalunya berpunca dari sikap dan pendirian sesuatu pihak terhadap pihak lain.

“Dusuki, sekalipun dikenali sebagai ‘pendakwah bebas’, namun hakikatnya ‘tidak bebas’ kerana beliau juga adalah pimpinan Pas.

“Tidak kurang pentingnya, Dusuki adalah Ahli Majlis di Bandaraya Shah Alam, ertinya beliau berada dalam kerajaan yang ‘menindas Islam’ – mengikut bait-bait doanya,” sindir beliau merujuk pada doa tersebut.

Tambahnya, Dusuki adalah seorang ‘pendakwah’ yang disangka sebagai ulama oleh pengikutnya serta amat berminat tentang kematian dan pembersihan jiwa seperti dikesan melalui rakaman kuliah ahli Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) Zon 1 itu.

“Kadang-kadang, Dusuki juga selitkan ‘serbuk pirasa’ dalam ucapannya untuk tujuan tarik perhatian audien. (Contohnya cerita TGNA – Tuan Guru Nik Aziz – bangun solat malam sekalipun beliau dalam keadaan koma),” ujar Ustaz Ridzwan lagi.

9.5
OVERALL SCORE
: 9.0
3 user votes x 9.7
CATEGORIES
TAGS