Ahmad Razif bergurau suruh guru tepuk tangan

Ahmad Razif bergurau suruh guru tepuk tangan

Ahmad Razif Abdul Rahman menafikan laporan bahawa beliau mengarahkan guru-guru di Terengganu untuk menjalani latihan tepukan sebaliknya menyifatkan kejadian itu sekadar ‘gurauan’.

Menteri Besar Terengganu itu berkata, berkata perkara itu tidak perlu diperbesarkan kerana guru-guru di negeri itu sudah dianggap beliau bagai rakan sendiri.

“Tidak payah panjangkan [isu ini] kerana saya bergurau sahaja kepada guru-guru,” katanya dalam satu mesej ringkas kepada ProjekMMO malam tadi.

“Ini kerana mereka adalah rakan-rakan saya. Tidak tahu pula jadi macam ini,” katanya seperti dilapor Malaymail online hari ini.

Ahmafd Razir sebelum dilantik ke jawatan menteri besar pernah bertugas sebagai guru dan pensyarah institut perguruan.

Sejak petang semalam tersebar di media sosial yang mendakwa guru-guru di Terengganu telah diarah mengadakan latihan tepuk tangan selama lima minit.

Ia turut mendakwa pihak sekolah harus mengemukakan bukti bergambar latihan telah dijalankan.

Menurut salinan mesej WhatsApp yang tersebar, isu ini dikatakan bermula daripada gesaan Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) yang mendapat aduan menteri besar tentang guru-guru yang tidak bertepuk tangan di satu majlis yang dihadiri beliau.

Susulan itu, muncul arahan tidak rasmi daripada jabatan itu agar sekolah melatih guru-guru bertepuk tangan selama lima minit, termasuk sewaktu perhimpunan mingguan.

Tambah mesej itu, JPNT  kesal dengan sikap guru yang tidak menepuk tangan dalam satu majlis rasmi yang dihadiri MB.

TAGS