Ahmad Razif-BN harus malu dengan teguran ‘Pocket Rocket Man’

Sikap mengunci mulut pemimpin-pemimpin negeri terhadap atlet sukan negara seharusnya tidak berlaku di negara ini, sebagaimana yang dihadapi oleh pelumba basikal negara Azizulhasni Awang terhadap sikap menteri besar Terengganu yang diluahkan di 'facebook' semalam, kata Ketua Pemuda Amanah Nasional Mohd Sany Hamzan.

Ahmad Razif-BN harus malu dengan teguran ‘Pocket Rocket Man’

Mohd Sany Hamzan  Sikap mengunci mulut pemimpin-pemimpin negeri terhadap atlet sukan negara seharusnya tidak berlaku di negara ini, sebagaimana yang dihadapi oleh pelumba basikal negara Azizulhasni Awang terhadap sikap menteri besar Terengganu yang diluahkan di ‘facebook’ semalam, kata Ketua Pemuda Amanah Nasional Mohd Sany Hamzan.

Beliau berkata, kekecewaan  itu jelas menggambarkan tahap profesionalisme Ahmad Razif yang boleh dipersoalkan apabila membisu dengan permohonan pihak Azizulhasni dan Fatehah untuk membeli sebuah basikal ‘roadbike’.

“Seharusnya Ahmad Razif dan Barisan Nasional harus  malu dengan teguran tersebut.

“Kalau pun tiada peruntukan daripada dana negeri untuk atlet kebanggaan negara ini, Ahmad Razif boleh sahaja meminta pegawainya menulis surat kepada Azizulhasni dan Fatehah memaklumkan bahawa tiada peruntukan bagi tujuan tersebut.

“Jangan mengunci mulut langsung.” katanya.

Tambahnya lagi,sikap pemimpin negeri yang tidak memberikan jawapan balas terhadap satu-satu permohonan sama sekali tidak boleh diterima.

“Itu baru kes permohonan Azizulhasni dan Fatehah, atlet negara yang dikenali ramai.

“Bagaimana pula nasib atlet-atlet lain yang masih bertatih dan memerlukan sokongan kerajaan negeri? Tetap membisu atau bagaimana?

“Negeri-negeri lain yang ditadbir Barisan Nasional, beginikah juga cara dan kaedah yang sedang berjalan?

“Sehingga saat ini, begitulah penyakit pemerintah. Tidak pernah serius mengambil tahu keperluan penting untuk sesebuah kejayaan tercipta,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Sany berkata, Ahmad Razif merupakan simbol pemimpin yang gagal memaknakan ‘prihatin’ dalam urustadbir sebuah kerajaan negeri.

“Tidak hairan kerana boleh jadi istilah ‘prihatin’ dalam kamus politik Barisan Nasional telah lama hilang,” ujarnya.

Beliau berkata demikian merujuk kenyataan terbuka di facebook, Azizulhasni Awang atau lebih dikenali dengan panggilan ‘Pocket Rocket Man’, atlit Olimpik negara dalam acara keirin, telah menyelitkan kekecewaan beliau kepada Menteri Besar Terengganu, Ahmad Razif Abdul Rahman di tengah-tengah penghargaan kepada banyak pihak atas kejayaan beliau merangkul gangsa dalam temasya di Rio De Janiero kelmarin.