Ahmad Said ‘gila talak’ , kata ahli MT Umno

Ahmad Said ‘gila talak’ , kata ahli MT Umno

 

 

 

 

 

Azalina Othman SaidTindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kijal Datuk Seri Ahmad Said mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman disifatkan sebagai ‘gila talak’.

Menyatakan demikian, Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Azalina Othman Said berkata bekas menteri besar itu akan melakukan apa sahaja untuk menyandang jawatan itu semula.

“Semua orang tahu Ahmad itu gila talak. Dia akan cuba sampai dia dapat. Tetapi itu hak dia sebagai Adun,” katanya lapor Bernama.

Persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Terengganu semalam dikejutkan dengan cadangan usul tidak percaya Ahmad terhadap Ahmad Razif, namun speaker Dun Datuk Mohd Zubir Embong menolak cadangan usul itu.

“Apabila speaker tolak, dia (Ahmad) akan kata speaker jahat dan sebagainya.

“Dulu jadi MB (menteri besar), memanglah dia gila talak, dia akan buat segala-galanya untuk jadi MB,” kata Azalina yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Azalina berkata, Ahmad tidak sepatutnya mempersoalkan tindakan speaker yang menolak usul cadangannya itu.

“Sekarang ini ia tidak majoriti, jadi bagaimana usul dia (Ahmad) nak berjaya, jadi bagi saya hak dia nak masukkan usul tu dia boleh masukkan 100 kali pun, tapi ia akan ditolak,” katanya.

TAGS