Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
Ahmad Saiful Islam diarah bela diri
Ahmad Saiful Islam Mohamad ketika keluar dari mahkamah hari ini.-Foto FMT.

Ahmad Saiful Islam diarah bela diri

MALAYSIADATELINEJanuary 3, 2020 11:27 am




Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini mengarahkan anak Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu membela diri atas tuduhan penyalahgunaan dadah di sebuah hotel terkemuka tahun lalu.

Memetik laporan Sinarharian hari ini,  Majistret Mohamad Aizat Abdul Rahim ketika prosiding berkata, pihak pendakwaan berjaya membuktikan wujudnya prima facie di akhir pendakwaan terhadap Ahmad Saiful Islam Mohamad.

Ahmad Saiful kelihatan tenang dalam kandang tertuduh semasa Mohamad Aizat membuat keputusan tersebut sambil didengar orang awam yang turut memenuhi ruang duduk di dalam mahkamah berkenaan.

Mohamad Aizat membuat keputusan itu selepas meneliti hujah dan keterangan enam saksi.

“Daripada keterangan saksi, mahkamah mendapati rantaian kes pendakwaan tidak pernah terputus dan kes siasatan berjalan dengan teratur.

“Setelah meneliti dan mempertimbangkan keterangan dan hujahan, mahkamah memutuskan pendakwaan berjaya membuktikan prima facie dan tertuduh diperintah untuk membela diri,” katanya.

Mahkamah kemudian menetapkan 13 Februari depan bagi tarikh bela diri.

Jun lalu media tempatan melaporkan, Ahmad Saiful dikenakan enam tuduhan mengambil dadah, namun dia mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan.

 Ahmad Saiful didakwa mengikut Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara sehingga dua tahun.

Dia dituduh melakukan kesalahan itu dengan mengambil dadah THC di sebuah pusat hiburan, kira-kira jam 2 pagi pada 5 Januari 2019.

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

Anwar dicadang buat petisyen kepada Agong, PM tiada majoriti

‘Pas ikut sunnah Trump, kalah pilihan raya tapi mahu jadi kerajaan’

RM35 juta mungkin dah boleh buat lebih 6 buah masjid, kata DAP

Husam potong elaun Senator bermula gaji Januari bantu frontliner

Pemuda Pas jelas tidak menghormati PKP

Terkini

Proklamasi Darurat, rakyat dan teori pusaran keheningan

PN guna duit cukai bayar iklan puji diri

Dr Dzul, Saifudin dan Loke wakil PH dalam JK Bebas nilai Darurat

AMK sambut baik pakej rangsangan Kita Selangor

Wajibkan ujian saringan sebelum mahasiswa pulang ke kampus

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production