Ahmad Termizi akui baharu dalam politik, sedia galas tanggungjawab

Ahmad Termizi akui baharu dalam politik, sedia galas tanggungjawab

Naib Ketua Amanah Kawasan Kuala Kangsar Dr Ahmad Termizi Ramli jujurnya mengakui masih baharu dalam politik namun amat mengenali ramai pemimpin politik pembangkang secara peribadi antaranya Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Presiden  Amanah Mohamad Sabu.

Dr Ahmad Termizi Ramli

Naib Ketua Amanah Kawasan Kuala Kangsar Dr Ahmad Termizi Ramli jujurnya mengakui masih baharu dalam politik namun amat mengenali ramai pemimpin politik pembangkang secara peribadi antaranya Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Presiden Amanah  Mohamad Sau.

 “Abg Mat (Mohamad Sabu) ni saya nyaris-nyaris nak sama sel dengan dia. Gambar saya ditayangkan, cuma saya larilah.

“LGE (Lim Guan Eng) saya kenal rapat dengan ayah dia Uncle Lim Kit Siang. Uncle Lim sama mengaji dengan tok guru saya Sheikh Rashid Gannaouchi. Rakan seperguruan la tu.

“Kak Wan (Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail) rakan sekelas isteri saya. Kenal lama dengan Anwar juga.

“Alfadhil Ustaz Ahmad Awang juga saya kenal lama.

“Ngeh Ko Ham saya kenal lama dalam NGO,” ujarnya sejurus berucap selepas diumumkan sebagai calon  Pakatan Harapan di PRK Kuala Kangsar.

Ahmad Termizi yang juga Ahli Jawatankuasa Biro Antarabangsa Amanah juga akui memikul satu tanggung jawab berat dipilih menjadi calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar.

“Ini adalah tanggung jawab besar buat saya apabila dipilih oleh kepimpinan antara lain adalah usaha demi masa depan anak-anak kita nanti.

“Ini satu tanggung jawab berat yang saya perlu pikul untuk membawa titik sejarah yang akan merubah negara ini. Ini tanggungjawab yang mesti kita lakukan bersama dan tiada pilihan lain.

“Kita di Kuala Kangsar tiada pilihan melainkan menyelamatkan negara atau menjadi talibarut memusnahkan negara kita,” katanya.

Ahmad Termizi juga berkata, beliau membawa bukan sahaja hasrat  pengundi Kuala Kangsar tetapi juga rakyat Malaysia amnya yang mahu melihat sejarah perubahan politik negara bermula di PRK ini.

Pengumuman calon malam tadi disempurnakan oleh Presiden Amanah Mohamad Sabu.

Turut hadir pada majlis itu Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, Presiden PKR Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail dan di kalangan pimpinan tertinggi parti gabungan Pakatan Harapan.

Dengan pengumuman Ahmad Termizi maka pengundi di Parlimen Kuala Kangsar akan menyaksikan pertandingan tiga penjuru membabitkan dua calon wanita iaitu Datin Mastura Mohd Yazid dari BN dan Dr Najihatussalehah Ahmad dari Pas pada hari pembungan undi 18 Jun ini.

Ahmad Termizi  ketika berucap sejurus selepas diumumkan sebagai calon PRK di Kuala Kangsar.

TAGS