Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
Ahmad Zahid boleh kembali, Perlembagaan tidak menghalang

Ahmad Zahid boleh kembali, Perlembagaan tidak menghalang

SITI ZAWANI MISCONJune 30, 2019 6:23 pm




Ketua Umno Bahagian Bangi, Datuk Mohd Zaidi Mohd Zain berkata, Perlembagaan sama sekali tidak menghalang jika Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi ingin kembali meneruskan tugas sebagai Presiden Umno.

Katanya, biarpun terdapat desakan yang meminta Ahmad Zahid kembali menerajui parti, ia adalah di atas keputusan Presiden Umno itu sendiri.

“Kita ikut kepada Perlembagaan. Sama ada kita desak atau tak desak, itu bergantung pada beliau kerana Perlembagaan berikan hak pada dia untuk meneruskan tugas sebagai presiden Umno. Kita tak boleh halang benda ni.

“Jadi, beliau sendiri yang akan buat penelitian dan buat keputusan sama ada sudah tiba masa beliau kembali berkhidmat,” katanya.

Beliau berkata dalam sidang akhbar pada Majlis Sambutan dan Jamuan Raya, Perpaduan Ummah Peringkat Parlimen Bangi di Bandar Baru Bangi di sini, hari ini.

Datuk Mohd. Zaidi Md. Zain

Turut hadir, Ketua Penerangan Pas Pusat, Kamaruzaman Mohamad; Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Sallehen Mukhyi; dan Yang Dipertua Pas Bangi, Mohd. Shafie.

Semalam, bekas presiden Umno Najib Razak berkata presiden Umno yang sedang bercuti, Ahmad Zahid Hamidi boleh kembali menerajui parti jika dia mahu biarpun tanpa persetujuan pihak lain, termasuk Ahli Majlis Tertinggi (MT).

Kata Najib, keputusan sama ada Zahid mahu kembali atau pun tidak adalah terpulang sepenuhnya kepada presiden Umno itu sendiri.

“Soal kedudukan Zahid, boleh diputuskan oleh Zahid sendiri. Sebab dia bercuti atas keputusan yang dibuat secara peribadi dan sebagaimana yang kita tahu, mengikut perlembagaan Zahid berhak untuk memimpin Umno dalam tempoh dia diberi mandat.
“Dan tempoh itu masih berterusan.

“Jadi oleh itu soal dia nak kembali berkhidmat atau bertugas sebagai presiden parti adalah tertakluk kepada keputusan diri dia sendiri, tak perlu persetujuan MT atau pihak-pihak yang lain,” katanya ketika ditemui pada majlis rumah terbuka ‘Raya Bersama Bossku’ di Laman Kayangan, Shah Alam.

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

Apa guna ada Speaker jika sokong gantung Parlimen

Anwar dicadang buat petisyen kepada Agong, PM tiada majoriti

‘Pas ikut sunnah Trump, kalah pilihan raya tapi mahu jadi kerajaan’

RM35 juta mungkin dah boleh buat lebih 6 buah masjid, kata DAP

Husam potong elaun Senator bermula gaji Januari bantu frontliner

Terkini

Tindakan kerajaan mahu bunuh kontraktor bumiputera

Hebat Muhyiddin hanya 13 kerusi PN mampu takluk Johor

COVID-19: Kes baharu terus melonjak terkini 4,008 kes

Pakej Permai: Kerajaan patut jadikan kos ujian saringan Covid-19 mampu milik

PN gagal lonjakkan ekonomi negara

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production