Ahmad Zahid gesa Korea Utara hormati  perundangan Malaysia

Ahmad Zahid gesa Korea Utara hormati perundangan Malaysia

Korea Utara digesa supaya menghormati kedaulatan undang-undang Malaysia dalam siasatan kes pembunuhan Kim Jong-nam, abang kepada pemimpin tertinggi negara itu, di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata kerajaan negara itu tidak harus mempersoalkan kredibiliti siasatan yang dilakukan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Kita hormati budaya dan hak asasi yang ada pada seseorang dan dalam waktu yang sama kita mengikut amalan diplomatik dan proses diplomasi antarabangsa.

“Perundangan sesebuah negara harus dihormati dan inilah yang diamalkan oleh Malaysia dan kita juga menghormati undang-undang negara lain jika terdapat warga Malaysia yang terlibat dengan aktiviti jenayah dan melakukan kesalahan membabitkan negara itu,” kata beliau kepada wartawan Malaysia di Bandung.

Ahmad Zahid berada di Bandung bagi menghadiri Forum Penyiaran Antarabangsa Negara-negara Kerjasama Islam di sini hari ini.

Baru-baru ini Duta Besar Korea Utara di Malaysia Kang Chol mencadangkan siasatan berhubung punca kematian Jong-nam dilakukan dengan kerjasama pihaknya dan PDRM atas alasan untuk mendapat keputusan yang lebih menyeluruh berhubung bedah siasat mayat.

Kang Chol turut mendakwa kononnya Malaysia cuba untuk menyembunyikan sesuatu yang memerlukan lebih banyak masa dan bersekongkol dengan ‘kuasa-kuasa seteru’ yang berniat jahat terhadap mereka.

Beliau telah dipanggil ke Wisma Putra untuk memberi penjelasan lanjut.

Pada 13 February, Jong-nam, abang kepada pemimpin tertinggi Korea Utara, Kim Jong-un, dilaporkan berada di klia2 pada pukul 8 pagi untuk menaiki penerbangan ke Macau apabila dua orang wanita dikatakan menyapu muka mangsa dengan tangan mereka yang dipercayai telah disembur bahan beracun.

Jong-nam, yang menggunakan nama Kim Chol, dilaporkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Putrajaya.

Ahmad Zahid menekankan bahawa Malaysia tidak mempunyai sebarang agenda dengan mana-mana warganegara asing mahupun mana-mana negara malah PDRM juga telah meminta kerjasama polis Interpol untuk mencari rangkaian di belakang kes pembunuhan itu.

Menteri dalam negeri itu berkata Malaysia yakin mana-mana negara pun mengamalkan sistem perundangan dan perbicaraan yang sama dan menghormati perbezaan pendapat.

Tetapi ia tidak bermakna Malaysia tertakluk kepada pendapat yang berbeza, katanya.

Mengenai keretakan hubungan diplomatik apabila Malaysia memanggil pulang Duta Besarnya di Pyongyang untuk proses perundingan, timbalan perdana menteri berkata ia adalah proses biasa dalam hubungan diplomatik.

“Kita ada perjanjian persefahaman bersama bantuan perundangan, kita juga ada perjanjian pertukaran antarabangsa dan itu adalah perkara yang menjadi keutamaan (dalam hubungan diplomatik

TAGS