Malaysia Dateline

Ahmad Zahid ke SPRM hari ini

Bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini dipanggil ke Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya, hari ini.

Menurut sumber SPRM, Ahmad Zahid tiba kira-kira 9.30 pagi, sejam lebih awal daripada jadual janji temu yang ditetapkan.

Bagaimanapun, tujuan kehadiran Presiden Umno  itu tidak diketahui.

Ahmad Zahid yang juga bekas Menteri Pertahanan pada Khamis lepas hadir ke SPRM bagi membantu siasatan berkaitan kes ‘land swap’ membabitkan tanah milik Kementerian Pertahanan.

Semalam bekas Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein turut memberikan keterangan selama 6 jam di SPRM