Ahmed al-Raissouni akan bawa tradisi cemerlang pimpinan Yusuf al-Qaradawi, kata Ahmad

Ahmed al-Raissouni akan bawa tradisi cemerlang pimpinan Yusuf al-Qaradawi, kata Ahmad

Penasihat Umum AMANAH Datuk Seri Ahmad Awang mengucapkan tahniah kepada pelantikan ulama dari Magribi Ahmed al-Raissouni sebagai Presiden Kesatuan Ulama Islam Sedunia (IUMS) di Istanbul semalam.

Beliau berkata, dengan pemilihan Ahmed al-Raissouni atau nama penuhnya Ahmed Abdulsalam Mohamed al-Raissouni merupakan seorang ulama besar kelahiran Magribi.

“Sebagai seorang alim besar dan pakar Maqasid al-Syariah yang ulung, kami yakin tradisi cemerlang di bawah pimpinan Sheikh Yusuf al-Qaradawi dahulu boleh dikekalkan malah ditingkatkan untuk kemajuan dan kesejahteraan umat Islam di dunia dan akhirat.

“Semoga Allah SWT memberikan barakah, hidayah dan inayah kepada seluruh barisan pimpinan baharu untuk membantu kesatuan ummah.

“Tahniah diucapkan kepada Sheikh Ahmad Abd al-Salam al-Raissouni atas pemilihan sebagai Pengerusi baharu Kesatuan Ulama Islam Sedunia (IUMS),” ujarnya dalam kenyataan.

(dari  kiri) Sheikh Ahmed al-Raissouni dan Sheikh Yusuf al-Qaradawi ketika hadir dalam Muzakarah IUMS kali ke-5.

Pada muzakarah tahunan IUMS yang diadakan di Istanbul yang bermula pada 3 November dan akan berakhir esok,Ahmed al-Raissouni telah mengemukakan 4 calon untuk mengisi jawatan naib presiden IUMS dan kesemua yang dicalonkannya telah dipilih ke jawatan itu dengan mendapat peratusan tertinggi.

Empat yang menduduki jawatan Naib Presiden IUMS adalah Sheikh Esham Basyir – Sudan yang memperoleh undi 89.9%; Sheikh Khairuddin Qahraman – Turki: 88.3%; Sheikh Salim Saqqaf al-Jufri dari Indonesia (88.3%) dan; Shaikh Ahmad al-Khalili dari Oman memperoleh 75.5% undian.

Ahmad yang turut hadir dalam Muzakarah Tahunan kali ke-5 IUMS itu diiringi Timbalan Penasihat AMANAH Ustaz Abdul Ghani Shamsuddin, Dr Fauzi Zakaria dan Ust Wan Subki Wan Salleh dan Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar.

COMMENTS