Malaysia Dateline

Aida Yusuf Rawa kekal jawatan, Pemuda AMANAH Negeri P.Pinang dapat ketua baru

Aida Yusof Rawa berjaya mengekalkan jawatan beliau sebagai Ketua AWAN Negeri Pulau Pinang, manakala timbalannya pula adalah Noor Farah Zafirah Foo Abdullah dari kawasan Bukit Bendera.

Manakala Naib Ketua 1 AWAN Negeri Pulau Pinang pula ialah Che Norma Mehat dari kawasan Kepala Batas dan Naib Ketua II ialah Goh Siew Kim dari kawasan Bukit Bendera.

Menurut Aida, AWAN akan terus melaksanakan tanggungjawab dan berusaha untuk merealisasikan semua kawasan di Pulau Pinang mempunyai AWAN yang berdaftar dengan sah secepat mungkin.

“Dengan penampilan muka-muka baru, adalah diharapkan kepedulian terhadap masyarakat dapat ditingkatkan.

“AWAN akan meneruskan agenda membela nasib rakyat yang didokong oleh kerajaan Pakatan Harapan.

“Pembelaan terhadap semua golongan masyarakat akan dilipatgandakan melalui pelbagai aktiviti dan program turun padang secara rutin sepertimana yang telah dilaksanakan sebelum ini, ” tegas beliau.

Sementara itu Ketua Pemuda AMANAH kawasan Bukit Gelugor, Muhamad Khairul Mohd Ali telah di pilih sebagai ketua yang baru bagi mengemudi Pemuda AMANAH Negeri Pulau Pinang.

Timbalannya pula ialah Ketua Pemuda kawasan Balik Pulau, Idris Amer dan Naib Ketua 1 adalah Mohd Farid Ismail dari kawasan Permatang Pauh serta Naib Ketua Pemuda II ialah Mohd Fitri Termizi dari kawasan Tasek Gelugor.

“Pemuda AMANAH Negeri Pulau Pinang akan meneruskan agenda melaksanakan tanggungjawab membela nasib rakyat.

“Kita akan turut berusaha untuk menarik lebih ramai pemuda untuk menganggotai Pemuda AMANAH kawasan-kawasan khususnya bagi memberi sokongan kepada Pakatan Harapan.

“Dengan barisan kepimpinan baru kali ini adalah diharapkan agenda bagi membantu rakyat akan terus dilaksanakan dan ditingkatkan, ” tambah beliau.