Malaysia Dateline

Aidilfitri mengenang perjuangan wira negara, kata Mohamad

Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua warga Kementerian Pertahanan dan umat Islam yang bakal menyambut kemenangan setelah sebulan berpuasa iaitu pada 5 Jun.

Beliau akui Ramadhan telah banyak mengajar umat Islam erti sebuah perjuangan yang harus dilalui dengan penuh kesabaran dan ketabahan.

Maka katanya, umat Islam perlu mengingati pengorbanan pejuang dan wira negara yang berkorban demi keamanan yang dikecapi hari ini

“Jangan dilupa, kegembiraan Aidilfitri yang kita sambut dalam suasana aman hari ini adalah kerana pengorbanan untuk wira-wira negara dan anggota keselamatan yang sentiasa menjaga kedaulatan negara

“Setelah sebulan berjaya mengharungi ujian, kita akan menyambut hari kemenangan sempena Aidilfitri. Kemenangan ini akan lebih bermakna jika segala latihan sepanjang Ramadhan dapat diterjemahkan dalam kehidupan seharian selepas ini.

“Maka dengan itu, saya dan isteri ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin,” katanya.

.Tonton di sini: