Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
AIM peruntuk RM2.7 bilion tahun ini bantu usahawan B40

AIM peruntuk RM2.7 bilion tahun ini bantu usahawan B40

BernamaFebruary 11, 2020 11:10 am




Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) memperuntukkan RM2.7 bilion tahun ini sebagai pembiayaan mikro bagi membantu usahawan golongan berpendapatan rendah (B40) untuk mengembangkan perniagaan mereka.

Pengarah Urusan AIM Mohamed Shamir Abdul Aziz berkata peruntukan itu akan dapat dimanfaat oleh 380,000 Sahabat (peminjam AIM).

“Pada tahun ini, kita menyasarkan untuk membantu lebih 56,000 Sahabat yang berdaftar dengan agensi itu keluar daripada kancah kemiskinan.

“Daripada jumlah itu, 95 peratus adalah daripada kumpulan miskin manakala lima peratus merupakan miskin tegar yang berpendapatan RM600 dan ke bawah,” katanya ketika menjadi tetamu Bernama Radio dalam program ‘Malam Ini.’

Beliau berkata AIM turut memiliki dana yang dikenali sebagai Dana Faedah Korporat, yang sebelum ini dimanfaatkan untuk kegunaan umum, termasuk membeli kerusi dan meja dewan komuniti.

“Pada tahun ini, kita buat kelainan, dana itu ditukar untuk kegunaan golongan miskin tegar yang dilihat mampu mengurangkan beban sekali gus mampu mengubah nasib masyarakat berpendapatan rendah ke tahap yang lebih baik,” katanya.

Beliau berkata AIM juga akan terus aktif mendidik Sahabat menguasai teknologi dan mengambil peluang mengembangkan perniagaan mereka melalui Sahabat Bazar, platform perniagaan dalam talian yang membolehkan mereka mempromosi serta menjual produk secara maya.

“Mereka juga dididik membuat pembayaran tanpa tunai iaitu Kad MyDebit Tanpa Sentuh (CMCCS) bagi memudahkan Sahabat membuat pinjaman dengan bank untuk memperluaskan lagi perniagaan memandangkan mereka sudah mempunyai rekod transaksi bank,” katanya.

Mohamed Shamir berkata setakat ini, seramai 182,400 atau 48 peratus Sahabat telah menggunakan kaedah itu sejak ia diperkenalkan tujuh tahun lepas.

Sementara itu, beliau berkata AIM turut memberi tumpuan kepada usaha memperkasakan produk Sahabat dalam aspek pembungkusan dan pemasaran supaya mereka mampu mencapai pasaran lebih luas serta relevan dengan keadaan semasa.

— BERNAMA

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

Peniaga pisang goreng anggap timbalan menteri “agak kurang sopan”

Annuar sahkan Anwar cukup sokongan jadi PM?

Darurat untuk selamatkan kerajaan yang sudah jatuh?

Rakyat Kelantan bina jambatan guna batang kayu, duit kerajaan negeri beli Mercedes Benz

PENDAPAT: PN bercempera pun salah DAP

Terkini

Pejabat PM sahkan RM35 juta untuk projek bina 3 dewan bukan 1 dewan

Hanipa minta gerai jual burger dibuka hingga jam 12 malam

Vaksin COVID-19: Khairy kecewakan rakyat Malaysia

4,029 kes baru tertinggi direkodkan hari ini

Muhyiddin digesa sahkan kesahihan surat projek bina dewan RM35 juta

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production