AIM: ‘Saya minta Nurul Iman fikirkan sebaik-baiknya’

AIM: ‘Saya minta  Nurul Iman fikirkan sebaik-baiknya’

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad menegaskan beliau mahu anaknya berfikir sebaik-baiknya dalam isu menjadi Ahli Lembaga Pengarah Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) yang dipertikaikan sesetengah pihak.

“Saya minta Nurul lman fikirkan sebaik-baiknya. Sebagai seorang profesional, saya yakin beliau lebih tahu sebab penglibatannya sejak April 2018 dan mampu untuk membuat keputusan sewajarnya,” kata Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad dalam hantaran di twitternya hari ini.

Sebelum itu, ramai mempertikaikan pelantikan anak kepada pemimpin Parti AMANAH Negara itu dalam AIM selain pelantikan Datuk Junaidah Kiting, isteri kepada Setiausaha Politik Perdana Menteri, Abu Bakar Yahya.