Aiman Athirah dipilih Ketua Wanita AMANAH Nasional yang baharu

Aiman Athirah dipilih Ketua Wanita AMANAH Nasional yang baharu

 

Aiman Athirah (kanan) dan Timbalannya, Norhayati Bachok.

Ahli Dewan Negara, Senator Aiman Athirah Al Jundi dilantik sebagai Ketua Angkatan Wanita AMANAH Nasional (AWAN) yang baharu menggantikan Dr Siti Mariah Mahmud.

Ketua Penerangan Wanita Pakatan Harapan (PH) itu memperoleh 209 undi daripada 294 pengundi yang hadir dalam pemilihan Jawatankuasa AWAN Nasional di Bangi Convention Centre, Selangor hari ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Maharani, Norhayati Bachok yang mendapat undian sama dengan Athirah pula dipilih sebagai Timbalan Ketua AWAN.

Norhayati yang merupakan Ketua AWAN Negeri Johor itu menjadi orang nombor dua AWAN Nasional bagi sesi 2019-2022.

Sementara itu, Anfaal Saari yang berada di kedudukan teratas dengan pungutan 279 undi dilantik sebagai Naib Ketua AWAN Nasional.

Dua lagi Naib Ketua AWAN Nasional disandang oleh Aida Yusof Rawa dan Norhayati Bidin yang masing-masing memperoleh 195 dan 204 undi.

Biarpun anak lena di pangkuan, perwakilan AWAN tetap melaksanakan tanggungjawab memilih pemimpin mereka.

 

Seramai 294 perwakilan memilih kepimpinan AWAN Nasional kali ini.