Air percuma untuk warga Johor

Khairuddin bersama orang kampung di kawasan Dun Senggarang.

Air adalah sumber utama bagi setiap manusia yang hidup di atas muka bumi ini maka dari itulah Pakatan Harapan (PH) mengambil konsep yang pernah dibawa oleh Kerajaan Negeri Selangor hari ini.

Parti Amanah Negara (AMANAH) Negeri Johor mencadangkan agar perkara mengenai pemberian air percuma sebanyak 10 meter padu kepada pengguna di Johor diberikan sekiranya PH memerintah Johor.

Setiausahanya, Ir Haji Khairuddin A Rahim berkata, takrif air di Johor ini akan disemak semula kerana ia dikaji telah membebankan rakyat.

“10 meter padu akan diberikan kepada rakyat secara percuma bagi mengurangkan beban yang ditanggung.

“Johor adalah negeri yang mempunyai takrif air antara yang tertinggi. Kerajaan Negeri Johor dilihat tidak ada jalan penyelesaian dalam hal ini,” kata beliau.

Selain itu, beliau turut menyebut permasalahan isu air tercemar di negeri Johor yang dilihat tidak berkesudahan.

Ir Haji Khairuddin A Rahim

Sebelum ini terdapat kawasan-kawasan yang sentiasa dicatu airnya dan ianya berpunca dari pencemaran punca air yang berlaku.

“Rawatan yang dijalankan dalam pemprosesan air melibatkan kos yang tinggi dan kos tersebut telah dikenakan kepada rakyat.

“Sekiranya perkara tersebut dapat diselesaikan maka, kita boleh menimbang semula takrif air yang dikenakan kepada rakyat selain memberi percuma 10 meter padu air percuma pada rakyat,” ujar Khairuddin.

Sebelum ini, parti AMANAH Negeri Johor telah banyak kali membawa isu berkenaan dengan permasalahan punca air yang tercemar akibat kelemahan kerajaan negeri termasuklah pertikaian soal belanjawan negeri yang tidak melibatkan soal penyelenggaraan punca air di Johor.

10.0
OVERALL SCORE
: 10.0
3 user votes x 10.0