Malaysia Dateline

Air Selangor tercemar lagi

Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) memaklumkan henti tugas Loji Rawatan Air (LRA) Rantau Panjang, SSP 1, 2, dan 3 pada 12.20 sehingga 12.45 tengah hari tadi.

Menerusi pemakluman di Facebook rasmi LUAS, henti tugas loji berkenaan disebabkan oleh pencemaran bau seakan-akan Solvent yang telah dikesan di Sungai Selangor.

“Dimaklumkan Loji Rawatan Air (LRA) Rantau Panjang, SSP 1, 2, dan 3 telah dihenti tugas pada jam 12.20-12.45 tengah hari tadi (10 November 2020) disebabkan oleh pencemaran bau seakan-akan Solvent telah dikesan di Sungai Selangor.

“Bau telah dikesan sekitar 8 TON (di LRA Rantau Panjang). Berdasarkan pemantauan LUAS setakat jam 6 pagi tadi. Rekod bacaan terakhir masih 0 TON,” katanya.

Dalam pada itu, LUAS bersama Air Selangor dan pihak-pihak terlibat dilaporkan sedang menjalankan siasatan dan tindakan-tindakan mitigasi segera.

“Sebarang perkembangan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa,” katanya lagi.