Malaysia Dateline

Air suam pun caj sampai RM2, warganet perli guna air Evian ke

Walaupun sedar harga barang semakin tinggi, namun masih tidak jelas mengapa air suam boleh dikenakan harga sehingga RM2, adakah kedai tersebut menggunakan air ‘premium’.

Seorang pelanggan berkongsi bagaimana dia menjadi mangsa cekik darah sebuah kedai medan selera di Negeri Sembilan, bagaimanapun hantaran Facebook milik individu tersebut sudah tiada.

Gambar tersebut dimuat naik semula di Facebook Kuala Pilah Group.

Walaupun hanya makan berempat, pengguna tersebut terkejut kerana jumlah keseluruhan yang perlu dibayar mencecah lebih RM100.

Berdasarkan kertas yang diberikan jelas tertulis harga air suam yang dikenakan adalah RM2 dan air kosong RM1.

Air suam pun caj sampai RM2, warganet perli guna air Evian ke
Gambar kertas harga makanan dan minuman tersebut

“Bagi yang pergi ke Port Dickson (PD), hati-hatilah dengan satu kedai makan di … kedai nombor …

“Tak perlu berniaga kalau nak mencekik darah sahaja, makan berempat nasi campur je.

“Bila semak dalam web rupanya ramai dah terkena dengan kedai makan tersebut,” tulisnya.

Pengguna Facebook lain pada sama memaklumkan sudah lama memboikot kedai tersebut kerana pemiliknya yang biadap.

“Meja kerusi buat macam hak sendiri, pelanggan nak makan dan duduk situ pun pemilik kedai tak bagi. Boikot je kedai dia, banyak lagi kedai murah kat tempat tu,” komen Syafina Fina.

“Orang yang duduk PD dah tahu lama dah berkenaan kedai ni dan ramai dah boikot. Selalunya banyak terkena ni orang luar sahaja,” kata Mimie Azyan.

Seorang pengguna lain, Kamarul Arifin memerli kedai tersebut dan bertanya sama ada kedai tersebut menggunakan air mineral jenama Evian hingga meletakkan harga RM2 untuk air suam.

Baca juga: Salah sebut air suam jadi air suami, Maryam undang gelak tawa warganet