Airmata iringi rayuan undi Aminolhuda

Cikgu Aminolhuda (dua dari kiri) ramah menyantuni orang ramai.

Pengalaman sebagai seorang bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) N21 Parit Yaani telah menjadi tanggapan yang dikenang oleh penduduk kampung.

Begitulah kesan yang dirasai oleh penduduk di Kampung Parit Yaani Laut yang menceritakan berkenaan dengan jasa yang ditinggalkan oleh Haji Aminolhuda Hassan atau lebih dikenali sebagai Cikgu Aminolhuda.

Salah seorang penduduk asal kampung tersebut, Siti Sarimah Sulaiman, 38, berkata, khidmat yang dilakukan selama Aminolhuda menjadi Adun di sini sangat besar.

“Selama ni keluarga kami tidak dipandang dan sememangnya selepas kematian suami saya, keluarga saya hidup dalam keadaan yang kurang berkemampuan.

“Apabila Cikgu Aminolhuda menjadi YB, keluarga kami disantuni dan beliau dari awal lagi telah banyak membantu keluarga kami.

“Saya merayu kepada semua pengundi di Parit Yaani untuk memberi sokongan kepada Cikgu Aminolhuda pada pilihan raya (PRU14) nanti,” luah Siti Sarimah sambil menitiskan airmata.

Sememangnya dalam tinjauan yang dilakukan di Dun Parit Yaani, penduduk di sini majoritinya berpuas hati dengan khidmat yang selama ini dijalankan.

Siti Sarimah (kanan) bersama ibunya yang lumpuh terharu dengan jasa yang dihulurkan selama ini.

N21 Parit Yaani bakal menyaksikan pertembungan tiga penjuru di antara, Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasional (BN) dan Pas dalam PRU14 kali ini.

Sekali lagi Dun ini bakal menyaksikan penyandang Cikgu Aminolhuda Hassan akan mempertahankan kerusi tersebut.