Malaysia Dateline

Aishah berjaya ke peringkat akhir Konsert Gegar Vaganza 4

Penyanyi Aishah berjaya ke peringkat akhir konsert GegarVaganza (GV4) yang akan berlansung di Johor Bharu minggu depan.

Aishah atau nama sebenarnya Wan Aishah Wan Ariffin malam tadi membawa lagu ‘Keranamu Kekasih’ dan ‘River Deep Mountain High’ juga dipilih sebagai penerima Anugerah Gelora Vida Vaganza bagi kategori Lagu Paling Kau Ingat.

Ini melayakkan Aishah yang juga Ketua Angkatan Wanita Nasional (Awan) kawasan Batu itu berada di tempat kedua dengan memperoleh markah 69.95%.

Manakala Hazami mendapat markah tertinggi 70.55% pada persembahan minggu ke tujuh yang berlansung malam tadi.

Bagaimana pun nasib tidak menyebelahi Syura setelah memperoleh markah paling rendah 58.10% mengakhiri getarannya di konsert GV4 yang bertemakan ‘Goyang Kaki Goyang Tangan dan Runut Bunyi’.

Manakala empat lagi artis yang berjaya ke konsert akhir GV ialah Firman (69.95%); Tia Jinbara (69.35%); Liza Hanim (68.85%) dan: Lan (66.40%).

Konsert GV4 ini telah menyaksikan seramai 12 penyanyi tanahair, Indonesia dan Singapura berentap setiap minggu sejak bermula konsert pada 29 Oktober lalu yang disiarkan secara langsung setiap Ahad jam 9 malam di Astro Ria. Konsert GV4 ini dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse.

Konsert akhir GV4 akan bersiaran secara langsung dari Pinewood Iskandar Malaysia Studios, Johor Bahru, Johor pada Ahad depan (17 Disember 2017), jam 9 malam.