Malaysia Dateline

Ajak dia yang menyalak ‘bersembang’? Ini 5 tips berdepan anjing yang cuba ‘sakat’ anda di jalanan

Ada yang buat alasan ‘malas’ untuk keluar berjogging kerana takut anjing garang menyalak dan kejar. Memang anjing di sebalik pagar jiran atau anjing kilang ketika berjogging boleh buatkan degupan jantung bertambah laju.

Ikuti 5 tips yang dikongsikan golongan pelari semasa berdepan anjing yang suka sergah atau ‘sakat’ semasa berjogging di kawasan kejiranan anda:

Ada kawasan untuk aktiviti jogging jadi tumpuan anjing liar yang mujurlah tidak garang dan mengejar orang.

1. Jangan lari!

Paling penting, kalau terserempak dengan anjing di jalan, jangan lari. Makin lari, makin dia kejar. Kalau dia kejar, berhenti sebentar dan lihat tepat matanya, gerenti dia patah balik.

Jika anjing lihat kita lari, dia ingat kita nak main atau kalau kita nampak takut, dia akan buli. Anjing liar kalau kita berani, dia yang akan lari.

Masa nak sampai kawasan anjing itu, elakkan diri daripada lari. Jalan laju sahaja. Anjing liar atau tidak bertuan lazimnya tidak kejar orang. Dia hanya perhati kemudian sambung buat hal dia sendiri.

Pejalan kaki mahupun pelari perlu beranikan diri berdepan dengan anjing di jalanan.

2. Sergah dan acah

Nampak saja anjing mula tegakkan leher macam tak puas hati perhatikan anda dari jauh, acah tunduklah ambil batuan di tepi jalan.

Ambil dua, tiga batu kerikil kecil itu pun boleh sebagai persediaan ‘senjata’ jika anjing yang jenis tak ‘makan saman’ atau degil.

Sergah saja sambil pegang kayu atau patahkan sedikit ranting di pohon berdekatan dan acah-acah nak pukul.

Anjing belaan baka garang yang memang dilatih untuk mencederakan jika terlepas seperti spesies bulldog agak membimbangkan.

Jika terserempak, elok anda patah balik. Jika dikejar, bukalah langkah seribu.

3. Ajak bersembang

Nak diamkan anjing yang sedang menyalak ke arah kita, ajak dia ‘bersembang’ semasa dia menyalak dekat-dekat tu.

Contohnya, “nak aku report Majlis (Daerah) tak? atau ‘kau belum makan lagi, ke?”. Biasanya, beberapa minit kemudian anjing-anjing itu akan berhenti menyalak sebab keletihan.

Ganjaran pahala pun tak dapat beri makanan kepada anjing.

4. Beri makanan

Beri makanan, nanti anjing itu jadi kawan dan pengawal semasa lari, nak jogging malam pun rasa selamat.

Boleh bawa makanan anjing atau tulang ayam jika boleh. Belanja makan dua, tiga kali, anjing itu untung-untung dia boleh jadi bodyguard.

Namun, jangan sama sekali berikan anjing roti coklat. Anjing boleh cirit-birit hingga kering air dalam badan dan mati kalau makan coklat.

5. Dog repellent

Bawa dog repellent semasa jogging. Berkesan. Hala ke arah anjing terbabit. Tak jadi mereka menyalak. Daripada berwajah ganas, jadi takut dan lari.

Baca juga Jangan hukum diri – Pemuda ini kongsi 6 tips turun berat badan, tips nombor 4 mungkin anda tak sangka

Baca juga Jangan rasa ‘bebas’ sangat – Individu belum dijangkiti Covid-19 berisiko tinggi dijangkiti varian cepat bermutasi, paling kebal