“Ajar anak adab dulu baru bawa ke masjid” – Budak tarik kerusi orang tengah sembahyang, nasib baik ada tolong

Oleh MAISARAH AISYA

Tidak salah nak mendidik anak-anak untuk solat berjemaah di masjid, mungkin sebagai satu pendedahan tentang agama.

Tapi pastikanlah si anak itu memahami segala larangan sebelum membawa mereka ke masjid, bimbang akan menyebabkan huru-hara pula.

Tular satu video mengenai kanak-kanak yang mengambil kerusi seorang lelaki ketika sedang solat berjemaah.

Video berdurasi 1 minit 30 saat itu menunjukkan kanak-kanak perempuan itu dilihat mengambil kerusi dan meletakkan ia di tempat wanita sembahyang sebelum dibantu lelaki dewasa.

Selepas diletakkan kembali kerusi, kanak-kanak sama mengambilnya ia kembali sebelum seorang budak lelaki pula bergegas mengambil kerusi tersebut semula.

Video tersebut mendapat perhatian ramai pihak yang berharap ibu bapa untuk beri perhatian akan anak-anak dan tidak membawa mereka ke masjid tanpa pengawasan.

“Arwah nenek saya lumpuh sebab ada orang bergurau tarik kerusi dia. Terlantar terus hingga akhir hayat.

“Ini kalau aku dah jerkah budak yang rembat kerusi jadi dia tak akan datang kali kedua, aku bukan kata tak boleh datang, tapi budak tu yang kena belajar adab.

“Kalau bawa anak kecil tolong lah pantau. Agak-agak tak boleh, gilir-gilirlah solatnya,” antara komen netizen.

Baca juga: Kenderaan Singapura kini tak boleh keluar dari Malaysia selagi tak bayar saman trafik?