Malaysia Dateline

Akademi NUNJI komited bantu masyarakat memerlukan akibat wabak Covid-19

Menyedari kepentingan membantu sesama insan di saat penularan wabak Covid-19, Akademi Nadwah Ulama Nahdhah Jadidah (NUNJI) mengajak masyarakat untuk terus menyalurkan sumbangan kepada golongan memerlukan.

Menurut Pengarah Urusan Kit Kongsi Rezeki (Ancaman Covid-19), Ahmad Munsif Ismail, sehingga ke hari ini, pihaknya menerima sumbangan yang menggalakkan.

“Alhamdulillah, sumbangan yang kami terima daripada orang ramai dilihat memberangsangkan.

“Setakat ini jumlah kutipan yang telah diterima berjumlah RM2,870. Jadi, kami berharap akan ramai lagi masyarakat di luar sana yang sudi menghulurkan sumbangan selepas ini.

“Kami lihat ada sesetengah keluarga yang terkesan dan hilang punca pendapatan untuk keluarga, sekaligus terputus bekalan keperluan harian.

“Justeru, kami di Akademi NUNJI komited untuk membantu golongan memerlukan dengan memberikan bantuan keperluan makanan asas seperti beras, minyak masak, tepung gandum, gula, bihun dan lain-lain,” katanya kepada Malaysia Dateline, hari ini.

Kepada masyarakat yang ingin membantu, sumbangan boleh disalurkan ke Bank Islam Akademi NUNJI (1209 20100 46415).

Sebarang pertanyaan, boleh menghubungi pihak pengurusan Akademi NUNJI di talian 011 3742 9049 atau layari https://www.billplz.com/kitkongsirezeki