Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
AKEPT jadi lokasi kuarantin dari Wuhan?

AKEPT jadi lokasi kuarantin dari Wuhan?

Oleh ARIF ATANFebruary 4, 2020 9:46 am




Seramai 107 orang yang dibawa pulang dari Wuhan, China dan selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) jam 5.57 pagi tadi dipercayai akan dikuarantin di Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT).

Institut Latihan Awam (ILA) di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) itu terletak di Bandar Baru Enstek, Negeri Sembilan iaitu kira-kira 22 km dari KLIA.

Sumber memberitahu keseluruhan kawasan blok penginapan akan dikuarantin dengan kawalan pihak polis.

Mereka yang dikuarantin tidak dibenarkan meninggalkan kawasan penginapan manakala orang awam dilarang memasuki kawasan tersebut kecuali petugas kesihatan.

AKEPT difahamkan memiliki 150 bilik penginapan yang bertaraf empat bintang.

AKEPT dipercayai jadi lokasi kuarantin warga Malaysia dari Wuhan selama 14 hari.

Semalam, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad dalam sidang media di Putrajaya enggan mendedahkan lokasi pusat pemantauan untuk kuarantin itu yang merupakan tanggungjawab Agensi Pengurusan Bencana (NADMA).

Penerbangan khas AirAsia (AK8264) pagi tadi membawa seramai 133 orang yang terdiri daripada 107 penumpang, 20 petugas misi dan enam pegawai dari Kedutaan Besar Malaysia di Beijing.

Kesemua mereka tidak memasuki ke terminal sebaliknya terus dibawa dengan bas khas ke Unit Kecemasan Udara (ADU) untuk menjalani proses dekontaminasi dan saringan kesihatan.

Setakat jam 9 pagi tadi, dua buah bas telah membawa kumpulan pertama rakyat Malaysia menuju ke pusat pemantauan.

Tiga buah bas lagi masih menanti mereka yang sedang melalui saringan kesihatan di ADU.

Antara bilik penginapan dalam AKEPT yang didiami sepanjang tempoh kuarantin.

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

Peniaga pisang goreng anggap timbalan menteri “agak kurang sopan”

Bukan setakat 2 kolam, 100 kolam pun Pas sanggup masuk

Rakyat Kelantan bina jambatan guna batang kayu, duit kerajaan negeri beli Mercedes Benz

Annuar sahkan Anwar cukup sokongan jadi PM?

PENDAPAT: PN bercempera pun salah DAP

Terkini

PKP: Kasihan rakyat Kelantan sebab Exco ‘cerdik sangat’

“IKEA, kedai emas dibenar operasi peniaga kecil disuruh duduk rumah”

Pesakit COVID-19 di ICU semakin bertambah, 8 lagi maut

Kelantan dikenakan PKP mulai 16 hingga 26 Januari

‘Semoga ada lagi yang akan tarik sokongan daripada Muhyiddin’

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production