Akhbar British dakwa derma RM2.6 bilion untuk bendung ISIL

Akhbar British dakwa derma RM2.6 bilion untuk bendung ISIL

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Dana lebih RM2 bilion oleh Arab Saudi kepada Datuk Seri Najib Tun Razak menunjukkan sokongan Riyadh kepada pemimpin Islam yang mengamalkan kesederhanaan dalam perjuangan mengekang ekstremisme di seluruh dunia, menurut The Telegraph.

Akhbar British itu, dalam laporan oleh wartawan Con Coughlin, berkata banyak negara Arab yang pro-Barat seperti Jordan, Maghribi dan Mesir, sebelum ini merupakan penerima sumbangan Arab Saudi ketika mereka berusaha untuk membendung pengaruh fahaman ekstremisme.

“Ketika ISIL (atau Daesh) menggunakan berjuta-juta dolar yang dirampasnya dari bank-bank Arab yang dijarah dan operasi penyeludupan minyak yang lumayan untuk membiayai penularan ideologi ekstremisme Islam, inisiatif Arab Saudi untuk membiayai pemimpin Islam yang berfahaman sederhana menunjukkan betapa pentingnya untuk membendung pengaruh ekstremis yang menaja keganasan,” kata beliau.

Artikel itu menyatakan bahawa Malaysia, yang mempunyai penduduk majoriti beragama Islam, juga menjadi sasaran kumpulan ekstremis Islam, dan Najib telah diberi pujian atas pendiriannya yang berani menentang ekstremisme.

Ia menegaskan bahawa perdana menteri sendiri adalah antara beberapa orang menteri dari Malaysia yang berada dalam senarai serangan Daesh.

TAGS