Akhirnya Arab Saudi benarkan wanita memandu

Akhirnya Arab Saudi benarkan wanita memandu

Raja Arab Saudi, Raja Salman bin Abdulaziz Al Saud mengarahkan supaya wanita dibenarkan memandu kereta, sekaligus menamatkan tradisi konservatif yang dilihat oleh aktivis hak sebagai lambang penindasan negara itu terhadap wanita.

Ia akan berkuat kuasa Jun tahun depan bagi satu-satunya negara di dunia yang melarang kaum wanita memandu.

Langkah yang disifatkan pemerhati sebagai permulaan kepada reformasi sosial dan ekonomi di negara itu disambut baik oleh golongan wanita di negara itu.

Kementerian Luar Negeri Amerika Syarikat di Washington seperti dipetik BBC menyambut baik perkembangan ini dengan menyifatkannya sebagai ‘langkah ke arah yang benar’.

Kenyataan pejabat berita rasmi Saudi Press Agency (SPA) berkata: “Dikri kerajaan akan memerintahkan penerapan peraturan lalu lintas, termasuk dikeluarkannya surat izin memandu bagi lelaki dan perempuan.

Kementerian Hal Ehwal Luar Arab Saudi mengesahkan menerusi laman Twitter berhubung perintah berkenaan.

“Wanita Arab Saudi dibenarkan memandu,” demikian kata Twitter berkenaan seperti dipetik agensi berita.

Menurut SPA hampir semua anggota dewan pakar agama menyokong keputusan tersebut.

Beberapa perempuan didenda dan dipenjara karena melakukan aktivitas tersebut.

Minggu lalu seorang ulama Saudi mencetuskan kemarahan setelah mengatakan kaum wanita terlalu bodoh untuk memandu kereta.

CATEGORIES
TAGS