Malaysia Dateline

Akhirnya dakwaan skandal Mokhtar Senik ke balai polis

Akhirnya dakwaan skandal Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Ustaz Mokhtar Senik sampai ke tangan polis apabila Geng Ustaz membuat laporan polis di Selangor hari ini.

Laporan polis itu dibuat oleh Presiden Geng Ustaz, Farhan Soud dan naib presiden Geng Ustaz Haji Wan Khairol Abdullah serta Exco Dewan Pemuda Pas Selangor, Shukri Omar.

Bagi mereka, apa yang didedahkan oleh facebooker, Alexander Pitsuwan Thomprason adalah fitnah semata-mata yang bertujuan menghina Ulama Pas itu.

“Hancorkan dia atau segera bertaubat,” kata Shukri bagi pihak Pemuda Pas Selangor dalam sidang media mereka bertiga.