Akhirnya Jamal Yunos berjaya ditangkap

Akhirnya Jamal Yunos berjaya ditangkap

Pihak polis negara Republik Indonesia telah berjaya menangkap Datuk Seri Jamal Yunos pada jam 6.15 petang waktu Malaysia.

Perkara itu dimaklumkan kepada Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan mengarahkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menyelaras urusan membawa Jamal pulang ke Malaysia.

Muhyiddin dalam kenyataanya mengucapkan terima kasih kepada pemerintahan Republik Indonesia khususnya pihak berkuasa atas bantuan mereka.

Terdahulu, bekas calon ketua pemuda Umno itu dikehendaki polis kerana disiasat berhubung sembilan kes yang dikaitkan terhadapnya.

10.0
OVERALL SCORE
: 10.0
1 user vote x 10.0