Malaysia Dateline

Akhirnya Mahiaddin setuju nasihat Agong panggil sidang Parlimen bermula 26 Julai

Kerajaan telah bersetuju untuk menasihati Yang di-Pertuan Agong supaya Mesyuarat Khas Penggal Ketiga Parlimen ke-14 diadakan selama lima hari mulai 26 hingga 29 Julai dan 2 Ogos bagi Dewan Rakyat dan 3 hari mulai 3 hingga 5 Ogos 2021 bagi Dewan Negara.

Mesyuarat ini bertujuan untuk memberi penerangan kepada Ahli-ahli Parlimen mengenai Pelan Pemulihan Negara dan meminda semua perundangan dan peraturan bagi membolehkan persidangan Parlimen diadakan secara hibrid.

Tan Sri Mahiaddin Md Yassin dalam kenyataannya juga berkata, berdasarkan Fasal (3) Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan semua proklamasi darurat dan ordinan yang di buat oleh YDPA akan dibentangkan di hadapan kedua-dua Majlis Parlimen.

“Mesyuarat ini akan diadakan mengikut SOP yang akan ditentukan oleh Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Kesihatan Malaysia.

“Nota Jemaah Menteri telah diedarkan secara berutus kepada Jemaah Menteri untuk mengambil maklum mengenai perkara ini,” katanya.