Wan Muhammad Azri Wan Deris atau lebih dikenali sebagai papagomo hari ini mengemukakan permohonan maaf tanpa bersyarat kepada Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Razarudin Husain dan Mahkamah Tinggi.
Isu ini berkenaan Papagomo pada 15 januari lalu yang mengubah suai penggunaan gambar imej KPN. Beliau membacakan membacakan pernyataannya di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Gan Techiong.
Berikut merupakan kenyataan maaf dari Wan Azri: “Saya, Wan Muhamamd Azri bin Wan Deris, dengan suci hati tanpa apa apa syarat memohon maaf kepada mahkamah yang mulia ini, kepada KPN, Tan Sri Razarudin Husain diatas penggunaan perkataan berunsur fitnah dan khianat terhadap plaintif pada terbitan bertarikh 14 Januari 2025 dan penggunaan gambar KPN yang disunting pada 15 Januari 20225.
“Saya mengaku janji tidak akan mengulangi sebarang kenyataan fitnah dan kesat terhadap KPN dan akan memadamkan kenyataan bertarikh 14 dan 15 Januari ini.”
Mahkamah sepatutnya mendengar prosiding komital yang diperoleh KPN terhadap Papagomo hari ini tetapi peguam Muhammad Rafique Rashid Ali memaklumkan mengenai hasrat anak guamnya untuk meminta maaf.
Pada 26 Disember tahun lalu, Razarudin memfailkan saman fitnah dengan menuntut ganti rugi RM3 juta daripada Papagomo.
Saman berkenaan difailkan berhubung kenyataan Papagomo yang melabelkan Razarudin sebagai pelacur banduan terhormat dan penjilat kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Baca: Papagomo dakwa Asyraf Wajdi pernah beri amaran minta sokong Zahid