Akhirnya SPAN turun padang siasat kegagalan AKSB

Oleh NASUHA RAHMAN

Gesaan Save Kelantan supaya Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) siasat kegagalan Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) disambut walaupun ianya agak lambat.

“Pagi ini, pasukan Task Force Bekalan Air Kelantan dan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara turun ke Loji Aksb di Kg Kelar dan melawat Telaga Aksb Kg Semuba, Pasir Mas.

“Tidak sia-sia usaha pasukan Save Kelantan. Lawatan saya ke telaga ini telah dipaparkan pada 12 Jun. Tujuh hari lalu,” kata Pengerusi Save Kelantan Datuk Husam Musa.

Menurut Husam, antara lain kegagalan itu berpunca dari laporan tanah yang salah di mana tanah atau ‘soil investigation’ report mengatakan, lokasi telaga digali berpasir dan air bawah tanah mudah meresap ke dalam telaga.

Akhirnya SPAN turun padang siasat kegagalan AKSB
Surat SPAN memaklumkan melakukan siasatan ke atas loji AKSB

“Ketika telaga digali, petugas telah menemui lokasi itu mempunyai tanah liat yang tebal. Bukan pasir berlawanan dengan laporan sebelumnya.

“Penggalian diteruskan walaupun AKSB sepatutnya tahu, adanya tanah liat sepanjang penggalian akan menyukarkan resapan air ke dalam telaga.

“Satu lagi. Telaga digali amat dalam. Melebihi spesifikasi sepatutnya.

“Tinggallah dua telaga ini sebagai gajah putih. Banyak juta wang habis. Berjuta duit melayang. Telaga siap tetapi air tak ada. Trade mark AKSB,” ujarnya.

Beliau meminta SPAN berlaku profesional dengan mengorek sampai ke pangkalnya supaya jumpa punca sebenar.

“Kalau tak siasat punca kegagalan, 30 buah lagi pun telaga dibina masalah air tak akan selesai.

“Kesian anak-anak sekolah di asrama kena angkut air. Kesian mak cik-mak cik nak berniaga susah. SPAN jangan lupa siasat juga telaga jejari AKSB gagal yang lain,” katanya.

Baca juga: Adibah dah beri ‘hint’ dia sedang sakit tapi ramai yang tak perasan

Baca juga: Suami mati pucuk, isteri boleh mohon cerai?