Malaysia Dateline

Akibat dakwaan mencekak leher Saddiq, Papagomo ditahan

Polis menahan Exco Pemuda Umno, Papagomo atau nama sebenarnya Wan Muhammad Azri Wan Deris di rumahnya di Danau Kota, Setapak, Kuala Lumpur kira-kira jam 3 petang tadi.

Dilapork Bahagian Siasatan Jenayah Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang menahan blogger berkenaan untuk siasatan lanjut berhubung dakwaan mencekak leher Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Ketua Armada Bersatu itu mendakwa lehernya dicekak selepas penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih, di Kajang, semalam.

Papagomo yang sebelum ini sudah pun dihubungi dan diminta tampil bagi membantu siasatan kes berkenaan semalam kemudian dibawa ke IPD Kajang untuk siasatan lanjut.

Bagaimanapun, pengesahan sama ada dia akan dibebaskan selepas diambil kenyataan atau terus ditahan masih belum diperoleh daripada pihak polis.

Papagomo adalah antara dua individu yang dipanggil bagi membolehkan polis melengkapkan siasatan kes dakwaan serangan ke atas Syed Saddiq.

Semalam, Saddiq yang juga Ahli Parlimen Muar itu mendakwa Papagomo mengepungnya dari laluan berbeza dan mencekak lehernya.

Bagaimanapun, Wan Muhammad Azri menyangkal dakwaan tersebut di Facebook dengan menyatakan dia memeluk Saddiq dengan lembut untuk menyelamatkannya daripada kekecohan.

“Tak sangka YB Menteri menipu macam tu sekali. Siap kata Saya ugut dia pulak.

“Saya just (hanya) cakap “Kau ni bodoh lah bro”. Takkan cakap Bodoh kira ugutan?,” tulisnya pada catatan itu.