Ekoran lonjakan mendadak kes jangkitan Covid-19, enam daerah di Selangor diletakkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuatkuasa Khamis ini iaitu 6 Mei hingga 17 Mei.
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata Majlis Keselamatan Negara (MKN) bersetuju enam daerah itu adalah Hulu Langat, Petaling, Gombak, Klang, Kuala Langat dan Sepang dilaksanakan PKP.
Jelasnya, tiga lagi daerah iaitu Kuala Selangor, Sabak Bernam dan Hulu Selangor masih berkuatkuasa Perintah Kawalan pergerakan Bersyarat (PKPB).
“Semua peraturan dan prosedur operasi standard (SOP) adalah sama seperti pelaksanaan PKP yang dilaksanakan di Kelantan dan lima daerah di Kedah,” katanya dalam sidang media harian Covid-19 di sini, hari ini.
LANJUT MENYUSUL