Akibat pertembungan politik, penduduk bawahan jadi mangsa

Akibat pertembungan politik, penduduk bawahan jadi mangsa
Pokok kelapa sawit yang menjadi hiasan sebelum ini kini sangat buruk keadaannya selepas tidak dijaga.

Majlis Perbandaran Selayang (MPS) diminta menyelesaikan segera tugas mereka untuk memberikan khidmat kepada rakyat dan mengenepikan masalah dalaman mereka.

Penduduk Bandar Tasik Puteri, Rawang membuat gesaan ini berikutan kegagalan MPS atau pemaju kawasan itu menyelenggarakan kawasan kejiranan mereka.

Ahli MPS untuk Bandar Tasik Puteri.

“Lihat pokok kelapa sawit yang selama ini menjadi hiasan kini sudah menjadi sangat buruk.

“Keadaan ini berlaku sejak hampir setahun lalu. Jalan rosak, pokok tidak dijaga, pelepah kelapa sawit bergantungan tanpa pemotongan.

“Banyak masalahlah,” kata seorang penduduk kejiranan itu kepada Malaysiadateline.

Sebelum ini penduduk membuat aduan tentang track jogging mereka yang hanya sekerat jalan sahaja dibuat.

Menurut sumber, perkara ini berlaku ekoran tidak ada kata sepakat selepas ahli majlis MPS baru dilantik untuk kawasan mereka.

Ini kerana ahli MPS itu tidak disokong oleh pihak-pihak yang berebut kedudukan dalam partinya dan juga dengan pejabat Adun Kuang.

“Akibatnya kami penduduk kawasan ini jadi mangsa,” kata sumber itu.

Tinjauan Malaysiadateline juga mendapati, selain pokok-pokok yang tidak terjaga, sampah sarap juga bersepah-sepah di kawasan kejiranan itu seolah-olah tidak ada pihak berkuasa tempatan yang bertanggungjawab untuk kejiranan ini.

Ahli MPS Zon 18 yang meliputi Bandar Tasik Puteri adalah JC Chooi Poi Yee yang dilantik selepas PRU 14 lalu. Adun Kuang adalah Sallehudin Amirudin dari Bersatu yang menang dalam PRU 14 lalu.