Akmal  berjaya ketepi saman Jamil Khir

Akmal berjaya ketepi saman Jamil Khir

Keputusan itu dibuat selepas mendapati saman itu difailkan atas kapasiti peribadi, sedangkan kenyataan-kenyataan dipertikaikan dibuat atas kapasitinya sebagai menteri.

Hakim Datuk Nor Bee Ariffin menjadikan kes Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob lawan Utusan Malaysia, yang dibuat oleh Mahkamah Rayuan, sebagai asas keputusannya.

Laporan yang dipetik dari Malaysiakini itu menyebut Peguam Razlan Hadri Zulkifli berkata hakim memetik pelbagai contoh dalam kenyataan pembelaan yang menunjukkan kenyataan-kenyataan dibuat merujuk kepada Jamil sebagai menteri.

“Susulan itu, mahkamah ketepikan permohonan ini,” kata Razlan.

Keputusan itu dibuat di dalam kamar.

Razlan berkata mahkamah membenarkan kos RM3,000.

Peguam Jamil, Adnan Seman, pula berkata akan mendapatkan arahan anak guamnya sama ada mahu merayu atau tidak atas keputusan itu.

Pada 19 November lalu tahun lalu, Jamil Khir memfailkan saman itu dengan menamakan Akmal atau nama sebenarnya Akmal Nasrullah Mohd Nasir selaku defendan.

Melalui pernyataan tuntutan, Jamil Khir mendakwa Akmal memfitnahnya ketika memberikan kenyataan kepada media dan di laman web menggunakan nama NOW pada 13 November tahun lalu.

Jamil Khir mendakwa antara kata-kata fitnah itu adalah berkenaan pembiayaan perjalanan ke luar negara, bermain golf dan lawatan ke pusat beli-belah membabitkan kos antara RM410,978 dan RM590,000.

Selain itu, Jamil Khir mendakwa Akmal menerbitkan kata fitnah itu tanpa pengesahan terlebih dahulu hingga membawa maksud beliau seolah-olah tidak amanah, ahli politik yang menyeleweng dana anak yatim serta menyalah guna kuasa

TAGS