Malaysia Dateline

Aksi abang bomba ‘tunjuk otot’ buat suasana Dataran Merdeka bertukar gamat

Orang ramai membanjiri Dataran Merdeka sejak jam 1 pagi lagi bagi mengambil tempat paling hadapan untuk menyaksikan acara istimewa hari ini.

Walaupun keadaan sangat sesak, rata-rata masih lagi setia berdiri di tepi-tepi pagar tempat perarakan untuk menyaksikan acara penuh gilang-gemilang.

Apa yang menarik perhatian, pihak Jabatan Bomba juga tidak terlepas daripada menyertai perarakan ini.

Persembahan dari abang bomba dengan iringan lebih 4 buah lori bomba membuatkan suasana bertukar riuh dan gamat .

Ini kerana mereka dilihat begitu bersahaja dan ‘sporting’ apabila melakukan aksi tunjuk otot ketika di atas trak menyebabkan suasana bertukar riuh rendah.

Ramai pengunjung bersorak tatkala abang-abang bomba yang sinonim rapat dengan masyarakat, dengan selamba menunjukkan biceps ketika orang awam sedang merakam mereka dari tepi jalan.

Tidak ketinggalan, mereka juga sempat membuat aksi memegang dan mempamer ular sawa kepada khalayak ramai.

Hadirin kemudian bertepuk tangan atas keberanian yang ditunjukkan.