Aksi ‘londeh’ Ketua Pesuruhjaya SPRM dapat perhatian dunia

Ramai juga yang tidak bersetuju dengan tindakan Ketua Pesuruhjaya SPRM baharu, Datuk Seri Shukri Abdull melondehkan semuanya di dalam sidang media semalam.

Ini dianggap tidak profesional, emosional, mengganggu siasatan dan sebagainya.

Aku mungkin tidaklah idealis sangat meski aku pun belajar undang-undang juga. Dan aku tahu Datuk Sri Shukri juga tahu undang-undang. Dia tahu apa yang dia buat dan dia tetap mahu londeh juga. Dan londehnya bukan sedikit. Sampai Raja-Raja Melayu pun terkena getahnya juga.

Apa yang dia mahukan?

Apa yang dia mahukan telah pun dia dapat semalam. Dia berjaya dapatkan perhatian seluruh Malaysia (malah satu dunia juga). Cukup.

Dia nak bagitau satu dunia yang dia telah buat segala-galanya yang dia mampu, hatta mengadap Raja-Raja Melayu, namun hampa. Bayangkan semua organ ‘gagal’. Menteri-menteri semua pengecut.

Dia nak bagitau semua rakyat Malaysia, kerana kuasa kamu yang mengundilah, aku boleh duduk di depan cerita semua ni. Kuasa yang tak dimiliki oleh siapa-siapa pun, hatta Raja-Raja Melayu (ini bukan salah Raja-Raja Melayu ya, sila baca kenyataan akhbar Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semalam).

Ya, memang dramatik.

Lepas ni apa jadi? Apa nak jadi, jadilah lepas ni. Tak beretika? Prejudis? Kita boleh dakwa itu dan ini dari sudut undang-undang. Itu semua biar mahkamah yang tentukan. Tapi dalam masa yang sama, mesej telah disebarkan ke seluruh dunia.

Nama Najib Razak telah dirosakkan serosak-rosaknya. Itu sudah cukup.

Sebab itulah sebelum ni awal-awal lagi Rosmah Mansor minta supaya tiada perbicaraan pramatang dilakukan melalui media.

Tapi Shukri Abdull tak peduli semua tu. Boleh blah.

Noordin Ahmad bilang dalam filem Sultan Mahmood Mangkat Dijulang – “Bagaimana Tuanku menanam, begitu jugak patik menuai!”

 

CATEGORIES
TAGS