Akta 355: Elak tanggapan buruk, perpecahan rakyat, kata Kanun Amanah

Akta 355: Elak tanggapan buruk, perpecahan rakyat, kata Kanun Amanah

 

 

Biro Undang-undang (Kanun) Amanah menyifatkan pembentangan usul persendirian Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) Pindaan 2016 harus dilakukan mengikut cara, masa dan keadaan yang munasabah.

 

Wan Anwar Wan IbrahimBiro Undang-undang (Kanun) Amanah menyifatkan pembentangan usul persendirian Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) Pindaan 2016 harus dilakukan mengikut cara, masa dan keadaan yang munasabah.

Timbalan Pengerusinya, Wan Anwar Wan Ibrahim berkata, kesedaran tersebut penting agar hal berkaitan penambahbaikan peruntukan berkenaan yang juga dikenali sebagai ‘Akta 355’ tidak mengundang tanggapan negatif yang tidak perlu terhadap Islam.

Selain turut mengelak perpecahan dalam kalangan rakyat berhubung cadangan Ahli Parlimen Marang, Hadi Awang untuk meningkatkan tahap hukuman itu, beliau berkata, usul berkenaan umumnya harus disokong.

Menurutnya, usul pindaan yang difahami untuk dicadangkan itu adalah untuk meningkatkan tahap hukuman bagi kesalahan jenayah daripada penjara tidak melebihi tiga tahun, denda tidak lebih RM5,000 dan sebatan tidak lebih daripada tiga kali.

“Walau bagaimanapun, Kanun mendapati bahawa langkah membentangkan usul persendirian tersebut bukan sahaja telah mengundang pelbagai reaksi pelbagai pihak malah juga telah mencetuskan polemik baik di kalangan pemimpin politik mahupun pengamal undang-undang.

“Kanun sendiri difahamkan bahawa cadangan usul tersebut juga tidak dibawa konsultasi dengan pemegang-pemegang taruh yang berkepentingan,” kata Wan Anwar.

Hal ini, tambahnya, termasuk Majlis Raja-Raja sebelum dibentangkan sepertimana proses konsultasi ke bawah dan menyeluruh dilakukan bagi menambahbaik Akta Syarikat 1965 serta memperbaiki hak asasi manusia di Malaysia.

TAGS