Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
Akta 655 dipinda tingkat penguatkuasaan bendung pencemaran sumber air

Akta 655 dipinda tingkat penguatkuasaan bendung pencemaran sumber air

BernamaJanuary 29, 2020 7:45 am




Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (Akta 655) akan dipinda bagi mempertingkatkan penguatkuasaan dalam membendung insiden pencemaran sumber air, kata Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli Datuk Dr A. Xavier Jayakumar.

Beliau berkata Jawatankuasa Tindakan dan Pemantauan Pencemaran Sumber Air dalam mesyuarat pertamanya di sini hari ini bersetuju Akta 655 itu dipinda bagi memantapkan aspek penguatkuasaan antaranya berkaitan kuasa menahan orang dan merampas kenderaan yang disyaki mencemarkan lurang kumbahan.

“Jawatankuasa juga mahu denda lebih tinggi dikenakan bagi kesalahan pembuangan kumbahan dan sebagainya ke lurang kumbahan,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa itu,  pada Selasa.

Jawatankuasa itu yang ditubuhkan susulan insiden pencemaran sumber air melibatkan Sungai Selangor pada Julai tahun lepas.

Ia dianggotai wakil Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC); Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI); Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT); Polis Diraja Malaysia; Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Pengangkutan Jalan dan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) serta wakil beberapa negeri.

Jawatankuasa itu berperanan menyelaras kerjasama antara agensi yang terlibat dalam melaksanakan penguatkuasaan selaras dengan bidang kuasa masing-masing secara bersepadu.

Xavier berkata pindaan itu dijangka dibentangkan pada persidangan Dewan Rakyat Oktober depan.
Dalam pada itu, beliau berkata kementerian itu sedang menggiatkan usaha mengumpul data syarikat industri bagi mengekang insiden pencemaran sumber air di Selangor.

Bagi tujuan itu, katanya Indah Water Konsortium Sdn Bhd (IWK) telah diarahkan supaya mengumpul data berkaitan jenis perusahaan dan sisa buangan dari perusahaan dan melalui data tersebut, tindakan segera dapat diambil terhadap pihak berkenaan sekiranya berlaku pencemaran di loji IW– BERNAMA

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

Amalan demokrasi berparlimen tumbang apabila parlimen digantung, kata MPN

Apa guna ada Speaker jika sokong gantung Parlimen

Anwar dicadang buat petisyen kepada Agong, PM tiada majoriti

‘Pas ikut sunnah Trump, kalah pilihan raya tapi mahu jadi kerajaan’

Pemuda Pas jelas tidak menghormati PKP

Terkini

Pakej Permai: Kerajaan patut jadikan kos ujian saringan Covid-19 mampu milik

PN gagal lonjakkan ekonomi negara

Pengguna tak puas hati KPDNHEP cuba nafi harga minyak masak naik

Lapan kluster masih aktif di Sarawak

Selangor peruntuk RM6 juta untuk ujian saringan bersasar Covid-19

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production