Malaysia Dateline

Akta MKN akan dikajisemula elak disalahguna bagi kepentingan politik kepartian

Walaupun janji pilihan raya Pakatan Harapan untuk menghapuskan Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN) 2016, namun Menteri
Pertahanan Mohamad Sabu berkata,  kementeriannya  kan mengkaji semua akta itu agar ia tidak menjadi alat politik pihak tertentu kelak.

Beliau berkata, akta itu adalah satu mekanisma yang baik walaupun ia dikritik kerana memberi kuasa penuh kepada perdana menteri.

.”Kami ingin mengkaji semula, kerana MKN sebenarnya merupakan mekanisme yang baik, terutama bagi pegawai kerajaan untuk
berkhidmat kepada kerajaan.

“Apa yang perlu kita hadapi ialah, kita tidak mahu ia menjadi alat (parti) di mana kita cuba menghasut, untuk menekan mereka
untuk menyokong AMANAH atau menyokong Bersatu atau menyokong DAP,” katanya dalam sidang media di Kementerian Pertahanan hari ini.

Ditanya untuk menjelaskan apakah ini bermakna Akta MKN akan kekal atau jika kerajaan hanya ingin meminda peruntukan terpilih, Mohamad berkata beliau lebih memilih “rombakan” pilihan terakhir.

“Kita akan melihatnya, sama ada penting untuk kekal atau mahu menghapuskannya, tetapi bagi saya, hanya untuk merombak beberapa peruntukan undang-undang,” katanya.

Sebelum pilihan raya umum 9 Mei, Pengerusi PH, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata pada April bahawa gabungan itu akan menghapuskan beberapa undang-undang sekiranya PH menang pilihan raya.

Antara akta yang turut akan dimansuhkan Akta Antiberita Tidak Benar 2018, Akta Hasutan 1948, Akta Pencegahan Jenayah 1959,
Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) 1971, dan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.

Akta MKN, yang berkuat kuasa pada 2015 selepas ia diwartakan tanpa persetujuan diraja, memperuntukkan penubuhan Majlis Keselamatan Negara yang akan dipengerusikan oleh perdana menteri yang akan mengambil alih pasukan keselamatan negara dan mengenakan kewalan yang ketat ‘darurat’  ke atas  kawasan yang dianggap menghadapi risiko keselamatan.