Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
Aktar perlu susun sukatan lahirkan qari, qariah dan huffaz berkualiti

Aktar perlu susun sukatan lahirkan qari, qariah dan huffaz berkualiti

BernamaFebruary 5, 2020 9:00 am




 Akademi Tarannum Negeri Sembilan (Aktar) kelolaan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS), sebagai wahana untuk mempertingkat kualiti bacaan dan hafazan, perlu menyusun sukatan yang boleh melahirkan para Qari, Qariah dan Huffaz agar dapat memahami dan menghayati setiap ayat al-Quran yang dibaca.

Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun berkata dengan kekuatan dan kemuliaan al-Quran yang menghiasi akhlak para huffaz, beliau yakin mereka akan menjadi generasi penyumbang dan penggerak kepada pemerkasaan masyarakat selain meningkatkan martabat umat.

Katanya, sebagai langkah awal, guru atau para asatizah di institusi tahfiz persendirian perlu dilatih dan mereka perlu dilengkapi ilmu serta kemahiran yang sesuai dengan perubahan dan keperluan semasa.

“Saya difahamkan ada 51 pusat tahfiz dan pondok persendirian yang telah mendaftar dengan Persatuan Pusat Tahfiz dan Pondok Negeri Sembilan (PANTAS/PINTA) selain terdapat 363 kakitangan dan para asatizah yang bertugas di mana mereka mendidik sebanyak 3,200 pelajar.

“Ini tidak termasuk sekolah atau pusat tahfiz yang tidak mendaftar dengan persatuan tersebut. Saya berharap JHEAINS dapat merancang dan menguruskan program kursus dan latihan yang sesuai untuk para asatizah ini,” katanya ketika berucap di Majlis Perasmian Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Negeri Sembilan pada Selasa.

Dalam pada itu, Aminuddin turut menzahirkan rasa bangga terhadap prestasi sekolah agama di Negeri Sembilan dalam Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan Ujian Penilaian Kelas Kafa (UPKK) baru-baru ini.

“Keputusan STAM 2019 menunjukkan peningkatan yang cemerlang berbanding tahun 2018 iaitu dengan Gred Purata Sekolah (GPS) 1.51% kepada 1.45% dan bilangan pelajar yang memperoleh keputusan Mumtaz Sofi juga meningkat daripada 10 orang pada tahun 2018 kepada 13 orang pada 2019,” katanya.

Beliau berkata bermula tahun ini, JHEAINS menggunakan pendekatan baharu dalam pemilihan Qari dan Qariah yang menyertai tilawah.

“Peserta yang terpilih dalam saringan, dilatih oleh tenaga pengajar yang berpengalaman sebagai hakim peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

“Menerusi strategi ini, kita berharap peserta yang mewakili Negeri Sembilan akan terus mengekalkan kecemerlangan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa,” katanya.

Program yang berlangsung mulai hari ini sehingga Jumaat di Pusat Dakwah Islamiah Negeri Sembilan itu turut disertai 33 peserta tilawah, iaitu 17 qari dan 16 qariah selain 34 orang lagi bagi kategori menghafaz al-Quran.- BERNAMA

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

Peniaga pisang goreng anggap timbalan menteri “agak kurang sopan”

Bukan setakat 2 kolam, 100 kolam pun Pas sanggup masuk

Annuar sahkan Anwar cukup sokongan jadi PM?

Rakyat Kelantan bina jambatan guna batang kayu, duit kerajaan negeri beli Mercedes Benz

PENDAPAT: PN bercempera pun salah DAP

Terkini

Darurat mesti cepat bukan lambat

Not all politicians are humble, but this one is

Solidariti pemimpin DAP hulur bantuan pasca banjir Pahang

“Yang mana mau ikut, Menteri Kanan atau Menteri Wilayah”

Pemuda Umno edar ayam percuma dikecam, bimbang wujud ‘Kluster Ayam Beku’

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production