Meskipun sudah berusia, banyak pelakon veteran yang masih mengharapkan tawaran untuk kekal aktif dalam industri seni.
Namun jika dilihat baik drama mahupun movie, hanya pelakon sama menjayakan sesuatu watak dan semakin kurang pelakon veteran.
Sudah berlakon sejak tahun 1980-an, pelakon veteran. Rahim Jailani berharap masih ada yang memberikannya tawaran berlakon meskipun mengalami serangan jantung baru-baru ini.
Keadaan kesihatan Rahim kini semakin baim tapi masih memerlukan namun tiada halangan untuk kembali bekerja lapor Harian Metro.
“Alhamdulillah, keadaan saya stabil dan sudah boleh aktif berlakon semula. Cuma, buat masa ini belum ada tawaran lagi. Namun apa yang berlaku kepada saya pada sambutan Aidilfitri baru-baru ini sebab kelalaian sendiri.
“Saya tak kawal minum air kerana cuaca terlalu panas. Dari Ramadan sehingga tiba hari raya, saya terlalu banyak minum air dan tidak mengawalnya.
“Jadi, secara tiba-tiba saya kena serangan (jantung). Ia serangan jantung kali kedua yang saya kena selepas berbelas tahun dulu.
“Saya pun dah pernah buat ‘stent’ pada jantung sebelum ini, tapi tak sangka selepas sekian lama, kena serangan lagi,” katanya seperti dipetik Harian Metro.
Disebabkan serangan jantung iitu, dia terpaksa melepaskan satu tawaran lakonan dan mengakui dirinya rindu untuk berlakon semula.
“Ketika dimasukkan ke Hospital Jelebu Negeri Sembilan selama empat hari untuk rawatan lanjut, doktor berjaya keluarkan 3.7 liter air dalam badan saya. Dah terlalu banyak (air).
“Apapun, saya akan ada pemeriksaan doktor pakar di Kuala Lumpur pada Jun depan. Tapi, jika berlaku kecemasan dan sebagainya sebelum tarikh temu janji, saya boleh terus dibawa ke hospital,” ujarnya.
Baca juga: Julia Farhana terharu suami rela teman daki tangga, takut naik lif kalau terlalu sesak