Malaysia Dateline

Aktivis Aiman Hakim akan dibebaskan 6 petang ini

Aktivis Aiman Hakim yang ditahan semalam akan dibebaskan pada jam 6 petang hari ini, kata peguamnya Rajsurian Pillai.

Beliau berkata, pegawai penyiasat (IO) sebelum ini telah memohon pihak majistret untuk melakukan penahanan reman selama empat hari namun ditolak.

Majistret kemudian hanya membenarkan tempoh reman selama sehari sahaja dan dijangka dibebaskan petang ini dengan seorang penjamin.

Aiman ditahan pada semalam di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 4 (1) Akta Hasutan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

“Aiman Hakim akan dibebaskan hari ini sebelum pukul 6 petang. Dalam pukul 4 petang, penjamin akan hadir untuk jamin.

“Jaminan tidak melibatkan wang tetapi penjamin perlu memastikan Aiman hadir ke balai atau mahkamah jika diminta berbuat demikian.

“Setakat hari ini, Aiman memberikan kerjasama penuh,” katanya ketika ditemui media hari ini.

Sementara itu, Rajsurian memaklumkan bahawa telefon bimbit Aiman antara barangan yang telah dirampas polis untuk dihantar ke Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi proses analisa forensik.

Menurutnya, analisa itu akan mengenalpasti sama ada ciapan Twitter yang dimuatnaik adalah dari Aiman.

Difahamkan, Aiman ditahan berhubung akaun Twitter bernama [email protected]

Pada masa sama, dimaklumkan bahawa pengadu yang membuat laporan terhadap Aiman merupakan pegawai polis.