Malaysia Dateline

Aktivis AMANAH cadang 10 pembaikan kerajaan baru PH

Aktivis AMANAH menyarankan Kerajaan Pakatan Harapan (PH) melaksanakan 10 cadangan bagi menambahbaikan pentadbiran kerajaan selepas mandat rakyat dikembalikan semula.

Jamzuri Ardani menggariskan cadangan-cadangan itu antaranya yang penting PH perlu memperbaiki komunikasi kerajaan dengan rakyat agar segala maklumat tepat kerajaan sampai kepada rakyat.

Selain itu, beliau juga meminta kerajaan PH haruslah memerangi sentimen perkauman dan kebencian agama habis-habisan.

Lapan lagi cadangan beliau kepada kerajaan PH iaitu, jangan ‘kedekut’ berbelanja untuk rakyat, segerakan reformasi institusional, parti menguasai kerajaan, lebih fokus perlaksanaan manifesto, santuni aktivis parti dan masyarakat, pertumbuhan ekonomi, haramkan Umno dan tangani fitnah dan berita palsu.

Beliau yang juga Pengarah Komunikasi AMANAH Melaka melontarkan cadangan itu di laman Facebooknya yang turut dikomen para netizen dan rakannya.

Rakannya Mohd Ramizi turut meninggalkan komen dengan menambah empat lagi cadangan bagi menambahbaikan kerajaan PH iaitu, tangani persepsi DAP menguasai kerajaan, memerangi fitnah berasaskan kaum dan agama, percepatkan kes mahkamah keltokrat rejim BN, buka kembali kes RM90 juta Pas dan persiapkan jentera PH lebih awal untuk PRU15 nanti.

Kerajaan PH tumbang pada May baru-baru ini ekoran beberapa wakil rakyat telah melakukan pengkhianatan ke atas mandat rakyat yang memilih kerajaan PH pada PRU14 lalu.