Aktivis Reformasi, NGO desak gantung jawatan Azmin,Rafizi dan Tian Chua

Aktivis Reformasi, NGO desak gantung jawatan Azmin,Rafizi dan Tian Chua

Presiden PKR Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail perlu mengambil tindakan segera terhadap pemimpin parti yang dipercayai “mengkhianati” kemahuan rakyat untuk melakukan perubahan apabila bekerjasama dengan  bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Satu sidang media bersama diadakan petang tadi dianggotai kumpulan aktivis Otai Reformasi, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Pahlawan, dan beberapa aktivis individu begitu mengkritik peranan Dr Mahathir dalam gerakan rakyat Selamatkan Malaysia.

Kumpulan desakan ini secara bersama mahu penggantungan jawatan Timbalan Presiden PKR merangkap Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali, dua Naib Presiden parti itu Rafizi Ramli dan Chua Tian Chang.

Ini  memandangkan mereka  dipercayai telah mengkhianati Presiden PKR,  Datuk Seri Anwar Ibrahim dan perjuangan reformasi.

Aktivis sosial Abdul Razak Ismail yang merupakan sebahagian daripada sekumpulan aktivis yang menggelarkan diri mereka Otai Reformasi menuntut Azmin, Rafizi dan Tian Chua digantung daripada jawatan mereka.

“Apabila kita melihat pemimpin PKR bekerjasama dengan  Dr Mahathir dan mereka seperti acuh tidak acuh, ia adalah satu bentuk pengkhianatan dan sabotaj terhadap Presiden PKR.

“Saya menggesa Datuk Seri Wan Azizah sebagai presiden parti, mengambil tindakan dengan menggantung jawatan Azmin Ali, Rafizi Ramli dan Tian Chua kerana mengkhianati perjuangan,” kata ahli DAP ini.

Pengerusi SAMM Badrul Hisham Shaharin memberi amaran aktivis dan kumpulan politik yang bekerjasama dengan Dr Mahathir mendakwa Mahathir hanya bermain sentimen rakyat terhadap perubahan dalam sistem untuk memenuhi agenda sendiri.

“Berapa lama negara perlu terus berada dalam konflik atas kehendak politik Mahathir?

“Negara kini di ambang perubahan, dan membenarkan mood rakyat yang akan digunakan oleh Mahathir hanya akan menyebabkan ia gagal,” kata Badrul Hisham.

Dr Mahathir, bersama-sama dengan ahli-ahli politik dari kedua-dua pihak dan masyarakat sivil telah melancarkan Deklarasi Rakyat pada 4 Mac lalu untuk mendesak peletakan jawatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak melalui gerakan rakyat Selamatkan Malaysia dan merancang untuk menganjurkan ceramah bergerak di seluruh negara untuk mendapat sokongan rakyat.

Bagaimanapun Dr Wan Azizah baru-baru ini dilaporkan Malay Mail Online serangan terus Dr Mahathir terhadap suaminya yang juga bekas ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah sebab utama mengapa beliau tidak mahu menjadi sebahagian daripada usaha dilakukan gerakan Selamatkan Malaysia.

TAGS