“Aku berniaga guna duit sendiri tau” – Faye Kusairi tetap layan ‘pelanggan’ walaupun kena hina

Oleh MAISARAH AISYA

Sudah banyak selebriti yang memulakan perniagaan bagi mendapatkan pendapatan tetap disamping bekerja dalam industri seni.

Namun ada juga orang iri hati dan datang ke perniagaan selebriti sekadar mengkritik dan menghina.

Pernah terpalit kontroversi satu ketika dahulu, pelakon Faye Kusairi tak patah semangat malah memilih untuk menjual nasi ayam demi kelangsungan hidup.

Dalam hantaran di Instagram, Faye memaklumkan perniagaan dijalankan adalah di tapak sah dan mempunyai lesen.

“Suka hati akulah nak buat bisnes nasi ayam dekat tepi jalan ke apa. Baca ni elok-elok ya.Modal perniagaan aku, duit aku, usaha aku 100 peratus.

“Aku berniaga pun atas tapak Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) dan ada lesen. Aku jujur dan ikhas kerana Allah SWT, demi aku dan keluarga.

“Aku layan semua yang datang gerai aku dengan rasa hormat dan rendah diri. Itu dipanggil adab,” ujarnya dalam hantaran tersebut.

Dalam pada itu, dia meluahkan kekecewaan apabila ada pelanggan yang datang dan dengan sengaja menghinanya.

“Walaupun ada ‘orang’ yang datang sengaja untuk menghina, aku terima juga sebab berniaga ni satu tarbiyaj.

“Jadi aku minta sangat pada yang menghina untuk berdoalah banyak-banyak agar Allah SWT tunjukkan kau jalan yang betul.

“Berikan kau ilham untuk perbaiki diri kau tu lagi, sepertimana Allah SWT beri hikmah ni pada aku,” jelasnya.

Baca juga: Orang ‘have-have’ rupanya, ini latar belakang Joshua tunang Siti Saleha